VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 30, 2011

1 Mei Hari Pekerja

Esok merupakan Hari Pekerja, aku kena sambut ni. Maklum la aku kan seorang pekerja dan seorang blogger. Jadi aku saja-saja je nak hebahkan pekara ni walaupun korang semua dah tahu. Kepada semua blogger yang sudah bekerja tak kisah la yang kerja sendiri, kerajaan mahu pun swasta SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.




Tema hari pekerja tahun ni ialah "PEKERJA MEREALISASI TRANSFORMASI NEGARA"
Tema pon dah MELETOP!! jadi kita kena sokong kepimpinan negara untuk merialisasikan impian ni. Maklumla kita kan sekarang ni berusaha untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.


Aku tahu bukan semua, pada pekerja yang bekerja dengan kerajaan aku saja nak bagi tahu jangan la lambat-lambat kan sesuatu permohonan yang kami buat. Maklumla kami ni bukannya semua orang senang. Sebab banyak juga aku dengar orang sekeliling cakap yang tak baik pasal pekerja kerajaan ni. hehehe jagan marah eh.


Sama-sama la kita jadi pekerja cermelang. Jangan nak ponteng kerja je... (tu aku cakap pasal diri sendiri dan takda kena mengena dengan orang lain yang masih hidup atau pun dah meninggal)



Kerja rajin-rajin eh... Mana tahu kita sama-sama tercalon untuk menerima anugerah pekerja cemelang suatu hari nanti. Tak mustahilkan!!!



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...