VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Jun 30, 2011

Cita-cita Aku...


Ingat lagi masa aku sekolah rendah cikgu ada tanya aku...
bila besar nanti nak jadi apa?
Aku dengan bangganya jawab nak jadi askar...
Bukan aku je, rasanya ramai lagi yang cakap macam tu...
tapi itu dulu la...sekarang ni kalau tanya budak sekolah mungkin ramai nak jadi artis...hahaha
Dah tua aku rupanya.huhuhu



Al - Fatihah


Al - Fatihah kepada kawan ku Rahmat sekeluarga...
Tadi petang dalam pukul 4.50pm aku dapat msg dari rahmat...
Dia kata dia kena balik kampung (johor) hari ini sebab abg ipar dia meninggal dunia...
astagfirullahalazim...innallilahi wainnalilahirojiun...
Aku tak dapat bayangkan perasaan rahmat masa dia dapat berita tu..Allahuakbar...



Jun 27, 2011

(VIDEO) Sajak Perjuangan Belum Selesai...!


Apa yang aku boleh buat untuk memastikan negara ini terus aman damai
Aku tak ada harta, nama, kuasa.....
Tapi aku nak apa yang aku kecapi sekarang di nikmati oleh anak cucu aku...
Aku tak sanggup biarkan anak cucu aku pergi ke negara orang untuk mencari sesuap nasi...
Apa perlu kita buat....!!!
Melayu Mudah Lupa...kan?

Kelayakan Piala Dunia 2014

Hari RABU 29/06/2011 tepat pukul 9.45pm akan berlangsung perlawanan kelayakan piala dunia 2014. Malaysia vs Taiwan... Aku harap sanggat Malaysia boleh menunjukan perlawanan yang bermutu macam perlawanan sebelum ni.. MALAYSIA BOLEH!!!


(Ramalan) Malaysia menang 3-0

Jun 23, 2011

Pic menarik...hahaha

Pic ni di ambil masa kerja.haha  nampak releks je kan macam tak ada kerja....

Aku & raid (ttp muke)... (gambar ni di ambil mengunankan webcam)
Aku dengan dia la makan tom yam sampai licin tu...baca sini

belakang tu akram... Sempat jadi gambar destop pc tu.haha


Yahooo... Olimpik MALAYSIA menang 2-1 Olimpik Lubnan

Jun 21, 2011

Meh Sini Aku Nak Cerita Pasal Towing Sikit!

Nak masuk 3 tahun aku pakai kerata SAGA BLM tu. Alhamdullilah setakat ni belum buat hal lagi.amin!!!  Perasan tak kalau berlaku je kemalangan mesti towing sampai. Kalah polis/embulen...dia lagi cepat sampai. Maknanya berlaku je kemalangan orang akan call towing dulu baru polis/embulan kan... Sebab tu dia sampai dulu.haha

Banyak kes sebenarnya yang si towing ni cekik darah. Dia tahu kita dalam kesusahan, dia balun meksimum. Sabar je la....Mesti mahalkan guna hikmat towing ni... Takpa insuran ada.... Apa-apa pun kita mesti guna hikmat towing ni, takkan nak tolak kerata tu...mau basah lencun ketiak tu.huhuhu

Tapi kalau rosak kareta tu jangan pulak buat macam ni.....


Jun 19, 2011

Kalau Pasukan Bola Kesayangan Kalah!!!

Kalau pasukan aku kalah bola...aku boleh terima lagi. Tapi kalau kalah lumba kerata aku tak boleh terima.haha  gurau ja... Biasa la tu, bola kan bulat... Ada masa pasukan kita menang, ada masa kalah. Barcalona tu yang power pon boleh kalah...haha

Kalau korang macam mana? Ada tak sampai macam ni.....


?
?
?
?
?

Jun 18, 2011

(VIDEO) KPOP vs JPOP

Mesti korang perasan yang sekarang ni group k-pop tengah meletop-letop kat negara kita ni... aku pon tak tahu kenapa, mungkin kita ni dah muak kot dengar lagu dari seberang dan lagu barat tu... Tu sebab group macam ni senang dapat tempat di hati pendegar. Malaysia pon ada m-pop tau.huhu   Lagu k-pop/j-pop ni aku tak faham satu patah pekataan yang diorang sebut.hahaha  Tu la company buat kelas belajar bahasa korea tak nak joint... jual mahal!

Tapi korang jangan lupa group j-pop pon popular kat sini. Kalau korang nak tahu apa-apa pasal hiburan jepun korang klik kat cini!!!  Lagi satu korang buka je tv free (cth : tv8) atau berbayar (astro KBS) mesti ada drama diorang yang disiarkan kat negara kita. Contohnya TV8 dan NTV7 mesti ada drama atau program hiburan korea/jepun ni... Mungkin diorang comel kot (group girl la)....

Jun 13, 2011

Hikayat Dunia 3


Kalau nak kan sesuatu mesti berusaha bersungguh-sungguh...
Baru la boleh kita memperolehi apa yang kita kehendakkan...
Semoga kita memperolehi ilmu darinya...

Jun 12, 2011

Hikayat Dunia 2


Sebenarnya banyak kita boleh belajar dan menjadikan teladan dalam hidup
dengan adanya cerita macam ni...

Terengganu Juara Piala FA!

Aku baru lepas tengok bola live kat tv1. Mungkin korang dah tahu yang pasukan Terengganu menjuarai Piala FA tahun ini dengan kemenangan 2-1. Aku tabik spring la kat pasukan terengganu ni sebab bermain mati-matian untuk menyamakan jaringan yang dilakukan oleh pasukan kelantan. Tamat sepenuh masa kedua-dua pasukan terikat 1-1. Masa tambahan menjadi milik terengganu apabila menjaringkan gol kemenagan. Sepatutnya terengganu boleh menang tanpa masa tambahan. Tapi serangan tumpul....Yang pasti Terengganu menang!!!

Ambil Piala korang ni....
Kelantan ada cuti peristiwa esok sempena pelawanan akhir Piala FA ni.. Negeri sembilan takda ke???hahaha   Takda kenemengena pon la....


Jun 11, 2011

My Handphone Dah OK!


Alhamdullilah syukur kepada Allah di atas nikmatnya. Macam entri yang aku tulis kat atas tu, akunya handphone dah siap repair maklum la masih under warranty kilang. Tu yang makan masa dua minggu untuk repair. Apa-apa pun aku harap handphone ni tak rosak lagi lepas ni. Nanti susah aku nak snep pic untuk korang.

Syukur kepada ALLAH....!




Malam Ini Penentuanya!

Malan ini akan berlangsungnya perlawanan akhir Piala FA Malaysia di antara Kelantan vs Terengganu di Stadium Bukit Jalil. Aku tengok promo pelawanan akhir ni kat tv1. Secara rasminya tv1 akan menayangkan pelawanan ini secara langsung malam ini. Bagi sesiapa yang tak ada Astro dapat juga tengok. Aku baca berita yang si Astro ni ada hati nak naikkan bil bulanan pengguna start bulan julai ni.

Jun 5, 2011

Movie Yang Baru Aku Tengok!

Hari ni hari minggu... Tak kerja dan tak balik kampung sebab gaji bulan lepas tak masyuk... Kalau tak tiap-tiap minggu aku balik kampung.hahaha

Movie ni dah lama keluar panggung cuma baru hari ini aku dapat tengok. Ada aku kesah korang kata aku ni ketinggalan zaman...hehehe  Itu pon keluar kat tv3 slot pesona 3...  Serius aku cakap meleleh la air mata jantan aku ni keluar... Best gile cerita ni dan dah lama aku tak tengok cerita macam ni... Teringat aku cerita Nur Kasih... Aku layan cerita tu la... Kawan aku yang dah tua bangka pun layan tau..

Movie Ayat-ayat Cinta membuat aku insaf sekejab... Korang layan la lagu Ayat-ayat Cinta dari Rossa ni...





Jun 4, 2011

E. coli : Bakteria paling bahaya...

Cerita ni tengah top kat dunia... Setakat ni seramai 1,600 orang telah dijangkiti oleh bakteria E.coli dan membunuh seramai 17 orang. Bakteria ni dikatakan yang paling bahaya dalam sejarah manusia dan negara Jerman merupakan pusat wabak tersebut. Setakat aku dengar dan baca wabak ni masih tersebar sekitar benua eropah dan tak mustahil akan sampai kat negara kita ni. Bahaya tu!

Kesan apabila terkena wabak ni macam akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Cara tersebar tu mungkin  selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman. Jadi pada mereka yang suka makan sayuran dari negara eropah ni yang mungkin korang beli dari pasaraya besar ni tu, hentikan la! Aku tak pasti la kalau pasaraya besar ni ada ambil sayuran dari negara eropah ni kan. Cuma nak berhati-hati....

Semoga negara kita terhindar dari wabak ini...AMIN!


Sistem beraja di Malaysia

SEGALA-GALANYA bermula daripada dasar Malayan Union yang diperkenalkan pada 4 April 1946 di Tanah Melayu oleh Parti Buruh Britain. Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, British yang kembali ke Tanah Melayu mengusir tentera Jepun menganggap kedaulatan Tanah Melayu sudah tidak wujud. Malah, British berpendapat sudah tiba masanya mereka berkuasa dalam menentukan sistem pentadbiran Tanah Melayu.

Bertitik-tolak daripada pascapeperangan berkenaan tanpa melakukan sebarangan rundingan bersama wakil orang Melayu, British mengambil keputusan memperkenalkan Malayan Union. Malangnya, dasar Malayan Union telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu. Ketika itu, Dato Onn Jaafar, Dr. Burhanudin Helmi pegawai, kumpulan bangsawan dan segelintir orang Melayu menentang Malayan Union.

Daulat Tuanku!

Khutbah jumaat hari ni bercerita pasal ulang tahun keputeraan Baginda pada 4 jun ni. Tajuk khutbah tu tak salah aku Yang Dipetuan Agung Pemandu Tranfomasi Ummah. Lebih kurang macam tu la ayatnya. Kalau ada antara korang tak tahu Baginda ni merupakan Yang Dipetuan Agung Malaysia yang ke-13.



Aku nak kongsi sikit pasal info menarik tentang Sultan Mizan Zainal Abidin ni :

1. Anak raja yang pertama lahir selepas kemerdekaan Malaysia dan menjadi Sultan yang termuda, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu pada usia 36 tahun pada tahun 1998.
2. Menjadi Yang Di-Pertuan Agong termuda (tabal pada usia 44 tahun) selepas Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada usia 41 tahun.
3. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong semasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada April 1999.
4. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong kepada Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada December 2001.
5. Ditabal menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 13 December 2006 selepas Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
6. Berkahwin dengan Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 dan mempunyai dua puteri dan dua putera.

Copy&paste= sumber




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...