VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Aug 29, 2011

Kuih Raya... Korang Ada...???



Selamat Hari Raya...
Semoga korang semua gembira selalu eh... Jangan sedih-sedih. Malam ni aku tolong mak dan adik aku buat persiapan raya... Masak ketupat adabi, lipat tisu, susun kuih dan macam-macam lagi la...








kuih tart nenas

1 Syawal Jatuh Pada 30 Ogos...

Lawakan bunga api ni...mahal tu aku beli...hehe


Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkan 
1 Syawal jatuh pada hari selasa bersamaan 30 Ogos 2011...
Dengan ini Esok raya...huhuhuhu

Mak Ayah org mintak maaf eh...dari hujung rambut hingga hujung kaki...
halalkan makan minum org selama ni...



Aug 28, 2011

Shopping Last Minutes...




Amboi... amboi... amboi...
Bajet hensom la tu... Tak bagi aku beli eh...


Saya & keluarga ingin mengucapkan 
selamat hari raya aidilfitri
Kepada anda semua.




Aug 27, 2011

Ucapan Ku Untuk Semua...



Assalammualaikum dan salam sejahtera pada semua...  Seperti mana yang kita semua maklum 29 ramadhan ni kita akan melihat anak bulan syawal. Maknanya kita dah hampir ke penghujung ramadhan. Mesti banyakan kenanggan manis berpuasa tahun ni kan...??? Bagi aku seronok... sebab dah nak raya... Yang kurang seronoknya sebab puasa akan meninggalkan kita...hehe


Ucapan Raya Untuk Kekawan Tempat Kerja

Disebabkan aku ambil cuti awal tanpa kebenarang big boss aku...Tak sempat la aku nak ucap selamat hari raya pada korang...

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR...
Semoga kekawan ku sekalian dapat meraikan hari yang mulia ini dengan gembira...
Jemput la datang rumah...(xbg alamat pon)
(nampak sangat xbg datang umah)



Ucapan Raya Untuk Kekawan Blogger


Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR...
Semoga kekawan ku sekalian dapat meraikan hari yang mulia ini dengan gembira...
Jemput la datang rumah...(xbg alamat pon)
(nampak sangat xbg datang umah)


Sama je ucapan tu...Tak pandai la nak buat ayat yang boleh melelehkan air mata ni... Jangan main mercun... bahaya tau... Aku main mercun roket je...hahaha



Aug 24, 2011

29 Ogos Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011M/1432H

Mungkin ada yang tak tahu tarikh bagi melihat anak bulan Syawal jatuh pada 29 ogos 2011. Ini menunjukkan kita semakin hampir meninggalkan bulan Ramadhan ini. Aku rasa baru je start puasa minggu lepas...  Rasa sayang la nak tinggalkan bulan puasa ni...  Tapi tak sabar juga nak sambut bulan Syawal...hahaha





Info tempat untuk melihan anak bulan...

1. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka
2. Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
3. Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor
4. Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak
5. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
6. Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
7. Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau
    Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
8. Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan  
    Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan
9 .Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong,
    Kuantan di Pahang
10. Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru
11. Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di
     Putrajaya
12. Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak
13. Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah
14. Pontian Kecil, Johor

Sumber : BERNAMA

Aug 21, 2011

Lelaki Seperti Aku...!!!




Tak suka la lagu ni...sebab ia menceritakan pasal diri ku ini...hahaha
Punya la banyak benda boleh buat lagu...
Kenapa nak jadikan aku sebagai modal pulak...
(kan dah perasan aku ni...)


Aug 16, 2011

Kad Raya Aidilfitri...!!!

Sumber : email aku

Sebab email yang aku dapat ni tak besertakan dari mana sumber ini diperolehi....
Maka aku pemilik blog ni ingin memohon maaf kepada pemilik kad raya ni...
Tak ada niat nak curi hak cipta korang, cuma sekadar ingin berkongsi...


Korang Ada Dengar Tak...???

Pejam celik pejam celik dah setengah bulan ramadhan kita lalui. Rasanya baru je semalam aku start berpuasa... Ni bukan maksudnya aku tak puasa sebelum ni...hehe  Sebok kerja tak perasan dah setengah bulan kita berpuasa. Jadi tinggal setengah bulan je lagi. Aku harap dapat berpuasa penuh tahun ni...AMIN...

Perasan tak 15 ramadhan redio dah start pasang lagu raya... Sayup beb bila dengar lagu raya ni... Lagi-lagi yang merantau ni. Mau meleleh la air hingus ni...hehe   Tapi yang bagusnya bila lagu raya berkumandang ni, ia akan menaikan mood nak raya tu... Baru rasa nak main mercun tu datang... Nak main boleh tapi kena hati-hati...hahaha

Nak kena beli apa ek??? kuih raya dah beli, dodol dah tempah, baju/seluar raya belum, baju melayu belum...

Berhati-hati la semasa berada di atas jalan raya...



Aug 14, 2011

Berapa Banyak Duit Raya Aku Nak Bagi Tahun Ni...???

Setiap tahun benda sama juga berlaku... Tahun ni aku nak bagi duit raya berapa banyak ek..? Macam aku kena ikot kemampuan aku bulan tu. Kalau ada duit lebih boleh bagi lebih...betul tak?  Jangan la sampai pinjam dari kawan-kawan sebab diorang pon nak raya macam kita ni. Setakat ni sebelum raya tak ada lagi pinjam duit dari kekawan. Tapi lepas raya ada la...hahaha

Bukan apa kekadang lari bajet juga. Maklum la manusia... Aku hanya bagi duit raya pada adik-beradik je... Budak datang rumah nak raya aku buat bodoo je...hehe   Mak aku yang sediakan duit raya untuk bebudak yang datang beraya ni. Apa-apa pon bersederhanalah dalam berbelanja. Jangan sampai meminjam kat pak along sudah. Pak along sapa pulak??? Yang mencekek darah tu la... Boleh mula sekarang la fikir berapa banyak duit raya nak bagi tahun ni...


Bengkok aku raya ni...hehe


Aug 13, 2011

"Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah"...

Nak join klik pic di atas ni...

Ni 1st time aku join segmen macam ni....

NAMA : JASMAN BIN BUYUNG
HOBI : Suka berbelogging...Baca blog orang lain tapi tak suka sangat komen...hehe





Duit Syiling Malaysia Siri Ke-3

Kompom korang pernah dengar pasal duit syiling Malaysia yang baru ni... Nampak lawa, maklum lah rasanya dari aku kecil lagi duit syiling sekarang ni dah ada... Bila agaknya duit  syiling ni nak keluar. Bukan apa nak jadi orang yang pertama memilikinya...hahaha

Minggu lepas aku dapat email dari kawan tempat kerja. Email pasal benda ni la... Mengaitkan duit syiling 10sen baru dengan lambang bandara israel. Nak ikotkan banyak baranganan yang kita guna ada mengena dengan israel. Betul tak? ada kenamengena secara langsung atau tidak... Orang kata rokok dicipta oleh orang yahudi, Maknanya setiap royalti rokok ni akan sampai pada orang yahudi... Kalau nak boikot duit 10sen yang ada kononnya lambang bandara israel, korang mesti juga boikot orang yang isap rokok tu...Betul tak???


Selamat Beramal...


Sumber : Puteri Aisyah




Berpakaian Tapi Telanjang...!!!

Aku seorang lelaki... Seorang yang suka memerhatikan suasana di sekeliling... Seorang yang mudah menghukum... Tak sosial sangat... Apa yang sebenarnya aku nak sampaikan ni...hahaha   Kelakar la jasman ni... Nampak kan tajuk entri tu... "Berpakaian Tapi Telanjang...!!!"   Slogan ni sesuai betul dengan wanita... Mana taknya dah cantik dah...pakai tudung....tp baju yang menutup body ketat gila... Dah macam tak berpakaian... Betul tak? 



Aku ada baca BLOG NI ... Aku rasa niat belog ni baik...hehe  Mana diorang dapat gambar baik tu ah...huhu

Renung-renungkan dan selamat beramal...!!!



Aug 12, 2011

Kita Perlu Berhati-hati...!!!

Sekadar berkongsi...Jangan menjadi mangsa sendikit macam ni...

Perhatian kepada rakan-rakan, baru sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang memperkenalkan dirinya sebagai STEVEN CHONG dari AEON Credit Service Center KL no telefon 03-20267949.Lelaki ini menyatakan bahawa saya mempunyai tunggakan kad kredit AEON MASTER GOLD CARD bernombor 5460 7500 4870 1840 sebanyak RM9760.00yang melakukan transaksi di Sentosa Casion S'pore pada 22/6/2011.

Aug 11, 2011

Nak Join Aku Punya Bloglist Tak...??? Di Tutup!!!

Di atas permintaan yang terlampau tinggi untuk menjoin aku nya bloglist ni (perasan je), secara rasminya peraduan bloglist aku ini di tutup...hahaha  Siapa la yang bertuah tu kan... Korang tengok sendiri la kat bloglist aku tu...  Sebab ni blog aku, aku ada buat perubahan sikit pasal syarat-syaratnya... Sebab blogger lelaki macam tak nak join je aku nya bloglist, kuota tok blogger lelaki aku pindahkan pada blogger pompan...   Renung-renungkan dan selamat beramal...


Terima Kasih Eh.... Sudi join akunya bloglist ni...


Aug 7, 2011

Nak Join Aku Punya Bloglist Tak...???

Tujuan aku buat benda ni ada lah untuk mengeratkan lagi silaturahim antara sesama kita...
Nampak tak??? Sungguh murni niat aku ni...hehe

Aku nak buat dua jenis bloglist :-

1. Bloglist lelaki (10 blog only)
2. Bloglist Perempuan (10 blog only)

Syarat-syaratnya :-

 Nyatakan jantina korang dan tinggalkan URL blog anda di bahagian comment...


Tapi yang pasti tiga blogger ni aku dah letakkan dalam senarai bloglist aku kerana diorang ni rajin komen entri aku...haha


Jadi secara autometik blogger perempuan tinggal 8 kekosongan dan blogger lelaki 9 kekosongan...
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Tarikh tutup : 12 August 2011
@
Sehingga penuh kekosongan...


Aug 6, 2011

Apa Ada Belakang Rumah Korang...???

Dah besar pokok ni semua... Maklum la balik kampung bukan keluar rumah...Teperap je dalam bilik...hehe Nasib baik ada laptop ni. Kalau kita ada tanah belakang rumah elok la kita bercucuk tanam. Buat kecik-kecik je... Jangan biar tumbuh lalang... Senang la segala binatang berbisa nak membiak... Dulu aku kecil-kecil selalu juga berkebun ni. Tapi sekarang tak boleh kena panas... jaga kulit...hehe

Berhati-Hati Semasa Memandu...!!!


Ni entri pasal keselamatan sikit.  Selalunya kita ni akan kurangkan aktiviti luar masa ramadhan ni. Tapi aku tengok lagi ramai ada la terutamanya pukul 3pm ke atas. Nak beli juadah berbuka kot. Tak rasa awal ke.hehe   Dan ada di antara kita dah mula buat persiapan hari raya. Aku harap kita semua berhati-hati semasa menggunakan  motosikal dan kereta. Ciri-ciri kesalamatan perlu diutamakan. Terutamanya kita lalu kawasan yang sesak macam bazar ramadhan. Maklumlah parking kerata ikut suka diorangkan.haha


Apa-apa pun keselamatan kita dan orang yang tersayang perlu diutamakan...
Jangan pentingkan diri sendiri...
Tak sempat raya baru tahu...hehe



Aug 4, 2011

Rezeki Dari Allah...!!!

Hari ni menu berbuka aku masak sendiri... Sebab hari ni aku cuti, tu yang boleh masak...
Kalau kerja tak larat aku nak masak... Hebat kan...!!! haha 
Nampak riak tu..hehe
Sebenarnya cita-cita aku nak jadi chef...hahaha
Mak aku pon tak tahu cita-cita aku ni...
Selamat Berbuka...!!!

Lebih kurang 2 tahun tak berasap dapur ni

Petua Orang...


Mungkin sebab kurang minum air bibir aku pecah...
Sebenarnya aku selalu kene benda ni...bukan sebab puasa je..hari biasa pon selalu kena...
siap berdarah lagi.
Cara mengatasinya minum air banyak-banyak la...
Tapi lepas buka nanti la bukan sekarang...hehe

Mungkin korang ada cara lain...???


Selamat Berpuasa...


Malam Jumaat...




Kenapa tajuk entri tu Malam Jumaat...???
Sebab selalukan hari khamis tu orang panggil malam jumaat...hehe
Tajuk entri tu tak ada kenemengena dengan pic ni...
Renung-renungkan dan Selamat Beramal...!!!


Aug 1, 2011

1st Ramadan-Menu Berbuka Puasa...

Permulaan Ramadan yang mencabar... Banyak betul cubaan masa berpuasa ni la...Kena kawal percakapan, pandangan, perbuatan dan banyak lagi la... Menu berbuka tadi ala kadar je... Mesti korang berbuka tadi gempak-gempak kan menunya...





Kurma ni baru je aku beli tadi...kawan yang jual..
RM10.00


Kawan aku cakap kurma ni lembut...tu yang aku beli 1...
Tak rasa lagi ni...sahur nanti nak cuba...
Selamat bersahur nanti...hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...