VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 6, 2011

Kenangan SMK JELAI

 



Assalammualaikom... Dah beberapa hari tak update blog ni. Rindu la pulak. Ahad hari tu aku balik kampung sebab nak setelkan PTPTN aku tu. Mungkin korang pon ada dapat kot pasal UJrah tu. Tapi tu bukan ceritanya. Ceritanya bermula macam ni. Masa aku shok-shok tengok ABPPBH 2010, sambil-sambil baring aku terlihat sesuatu yang menarik, bukan  ABPPBH 2010 tu, tp pasal album photo.




 Aku pon mula la belek membelek, nak tahu apa yang aku jumpa... Gambar masa aku sekolah di SMK JELAI  dulu. Rindu gile dengan diorang maklum la dah lama siut tak jumpa. Melayan filing punya pasal aku teringat yang baru-baru ni aku ada jumpa dengan azmi dekat pasar malam bahau. Yang dekat depan balai polis bahau tu. Pasar malam tu bukak setiap hari sabtu. Ada masa datang la. Apam balik makci tu sedap. Besar o0o0o0o.

Tak sangka azmi keje kat sebelah kilang aku je. dunia ni kecik betol. aku dah karja kat SDMA tu dah nak masuk 3 tahun tak pernah terserempak dengan dia. Pada hal tu je la jalan yang kite orang guna untuk pergi kerja. Sekarang aku dalam usaha nak dapat kan seberapa banyak gambar semasa bersekolah dulu. Nanti aku kongsi dengan korang ok. Tunggu....bye

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...