VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 30, 2011

1 Mei Hari Pekerja

Esok merupakan Hari Pekerja, aku kena sambut ni. Maklum la aku kan seorang pekerja dan seorang blogger. Jadi aku saja-saja je nak hebahkan pekara ni walaupun korang semua dah tahu. Kepada semua blogger yang sudah bekerja tak kisah la yang kerja sendiri, kerajaan mahu pun swasta SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA.



Apr 28, 2011

April Birthday Party

Happy Birthday to me....
Tadi tengah hari berlangsungnya majlis terbesar pada bulan April ni iaitu April Birthday Party. Ramai jugak la yang hadir majlis tu dan ni kali kedua aku joint majlis macam ni. Mesti korang nak tahu hadiah apa yang aku dapat? Aku dah agak dah.....Sama la macam member tempat kerja aku tu.hehehe



Apr 26, 2011

27 April Hari TLDM

Hari ni kerja tak la sebuk sangat, cuma aircon kat tempat kerja ni slow sikit. Mungkit nak berjimat kot. Sambil-sambil kerja tu mata menjeling tengok tv, cerita marimar. Alaa... Drama Filipina yang tengah popular kat TV3 tu.

Nak dijadikan cerita masa iklan tv tu, iklan pasal hari TLDM ni keluar la. Sebenarnya dulu aku ada simpan cita-cita nak jadi seorang askar.huhuhu Bocor rahsia aku...

Apa-apa pun kita sebenarnya amat-amat berhutang budi dengan perwira negara macam mereka ni. Sebab mereka la kita hidup aman makmur sekarang di atas tanah air yang tercinta Malaysia.




Apr 25, 2011

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sembilan

Entri kali ni pasal Tilawah Al-Quran. SMS ni aku dapat sabtu malam hari tu sambil tengok pelawanan N9 vs Pahang kat Astro Arena (n9 menang 3-1). Ni tandanya puasa dah dekat, sebab Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kan berlangsung sebelum puasa.heheheh huhuhu dapat main bunga api.

Rasanya aku tak ada yang tertinggal puasa tahun lepas. Tahun ni tak tahu la.hehehe Apa-apa pun korang yang tinggal kat kawasan dekat-dekat sini dan ada masa free datang la. Bawa mak bapak sekali, mana tahu jumpa bakal isteri kat sana.hehehe



Apr 23, 2011

Happy Birthday 25

25 April ni bertambahlah setahun lagi usia aku. Aku dilahirkan pada 25 April 1986 dia Hospital Besar Kuala Pilah. Jadi umur aku akan mencapai 25 tahun la isnin ni. Naik bulu rome aku cakap pasal umur ni.hehehe Mak aku asyik cakap pasal kawen je. Bukan tak nak kawen, cuma tak cukup duit je... 

Sabar mak eh....ada jodoh kawen la org ni...

Tua sangat ke aku ni? Baru 25 la, bukan 35....

28 April ni tempat kerja aku ada buat April Birthday Party. Kena joint ni...hehehe


Apr 22, 2011

Apa Jeruk boleh buat???

Tadi aku dapat e-mail dari kawan sekerja. Ingat apa la yang menarik sangat e-mail tu, rupa-rupanya cerita pasal jeruk. E-mailnya berbunyi macam ni : -


ini email yang aku dapat tu

26 April Hari Harta Intelek

Jumaat datang lagi... Tadi masa dengar kutbah jumaat kat masjid TTJ aku terdegar imam tu cakap pasal Hari Intelek yang akan di sambut pada 26 April ni. Apa pulak tu hari Intelek? Tak sangka pulak aku yang Intelek ni pon ada harinya. Banyak betul yang aku tak tahu pasal hari-hari istimewa kat Malaysia ni.

Imam tu cakap lagi berdosa curi harta intelek ni. Tu je la yang aku dapat tangkap. Ngantok punya pasal aku dah tak dapat dengar sangat apa yang imam tu berkutbah. Sebab aku nak tahu sangat apa itu Hari Intelek ni aku telah search kat google. Hasilnya seperti berikut:-

Apr 21, 2011

Penantian Di Kaki Langit

Aku cuti hari ni, tak bagi tahu bos aku pon. Macam biasa la mana ada aku pernah cuti bagi tahu big bos aku. Pakai cuti je.... Sabar je la!!!  Aku cuti hari ni sebenarnya nak dapatkan geran rumah yang aku nak beli ni dari tuan rumahnya. "Eh apa susah sangat ko ni sampai nak cuti-cuti bebagai....nak ambil geran pon susah ke?" "Ada ko kene panjat gunung averes baru ko dapat geran tu...." Tu bukan masalahnya, masalahnya sekarang ni tuan rumah tu dok tu hujung malaysia, Kedah.

 Pagi-pagi lagi aku,ayah dan mak dah keluar pergi sarapan kat BAHAU. "Bang roti telo 3, 2 milo panas dan 1 kopi". Mintak-mintak habis je sarapan ni tuan rumah tu call aku, tapi hampeh!! 2 kali aku call dia tak angkat. Takkan aku dah kene kencing kot. Mak aku suruh call lagi sekali, ah... kali ni ada orang angkat, Pakci kat mana ni? "Saya kat bagan serai... o0o0o0o: "lama lagi ke pakci ?" "Lama... Ok pakcik..."

Sekarang menunjukkan Pukul 4pm. Hello pakcik kat mana? "Saya dah nak sampai Bahau..." "Kalau macam tu kita jumpa kat Majlis Daerah je la...." "Ok..." "Pakci terus jumpa pegawai tu je la, takut tutup palak..." "baik la...:

Sampai je kat citu jawapan yang aku dapat ialah Geran rumah tu tak ada kat Majlis daerah cini, kena pergi Seremban. Hangen aku!!! Aku dah cuti ni, tapi geran masih tak dapat.

Malas aku nak pikir....Lu pikir la sendiri!

Apr 20, 2011

Hari Bumi

Selamat Hari bumi... 22 April ni
Tak sangka aku yang bumi pon nak sambut hari dia juga. Sumpah aku tak tahu pasal ada hari macam ni. Bukan apa yang selalu aku dengar hari jadi, hari ibu, hari bapa, hari guru dan lain-lain. Ni pon aku tahu pasal pagi-pagi masa pergi kerja mesti pasang HOT.fm. Tapi apa yang aku kena buat ah??? Tanam pokok ke? Bersihkan rumah ke? Entah la....

Nah amek ni serba sedikit pasal hari bumi ni:...

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Jangan lupa sambut!!!


Hot ticket kawan aku

Sebenarnya aku dah dengar pasal Hot ticket Hotlink ni dah lama. Selalu juga la aku tengok iklan pasal benda ni kat TV. Tapi tak terfikir nak tahu lebih lanjut. Entah macam mana tadi aku nampak benda ni kat atas meja kawan aku. Aku pun tanya la dia lebih lanjut pasal benda ni. Dia kata untung kalau pakai hot ticket ni dan lebih jimat dari pakai top up biasa. Siap ada free internet lagi..

Nanti aku nak try la, sekarang ni tengah sengkek. Gaji belum lagi.hehehe Lawa juga gambar awek dalam Hot ticket tu. Patut la kawan aku tu beria-ia suruh aku pakai hot ticket ni, mungkin sebab awek ni kot. Pandai la hotlink ni pancing pelanggan, kalau hotlink letak gambar aku dah tentu-tentu kena bakor!!!

Apr 17, 2011

1st Time Yang Pertama



Oh Puduraya!!! Aku tengok berita yang Puduraya dah siap di naiktaraf. Memang lawa la, siap ada penghawa dingin lagi. Mesti selesa la kan??? 1st time yang pertama aku sampai ke Puduraya ialah masa aku cari barang untuk projek final aku. Barang tu semua di jual di jalan pasar KL. Barang-barang elektronok, susah kalau nak cari kat Melaka, jadi aku buat keputusan pergi ke KL dengan kekawan aku. Yang nak cari barang seorang dua, tapi yang lain nak jalan-jalan. 1 st time sampai KL.hehehe

Pagi Ahad yang Kelakar

Pagi yang sunyi lagi dingin macam ni pon ada berlaku perkara yang menggelikan hati. sebagai contoh artikel yang ada disebelah ni. Ada ke patut pencuri tu menggigit anjing. Mengikut Harian Metro, kejadian itu berlaku pada tahun lepas. Beliau mendakwa anjing polis itu menggangu hak asasinya dan beliau telah digigit oleh anjing tersebut. Ketika anjing polis menerkam pencuri tersebut, beliau telah mengambil tindakan dengan menggigit anjing itu semula sehingga anjing tersebut mengalami kecederaan. Tidakkah itu satu perkara yang kelakar?? Selalunya sesorang yang digigit anjing akan menjerit kesakitan tetapi tindakan pencuri ini menggit semula anjing tersebut merupakan perkara yang orang lain tak pernah terfikir untuk dibuat. hehehehe......

(MyMetro) Entri kali ni di update oleh my adik bongsu

Apr 16, 2011

Sarawak State Election 2011

Ini pertama kali aku update blog yang tak sampai sebulan usianya dari kampung. Minggu lepas tak balik, tu yang minggu ni aku balik. Aku ni kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik kampung. Mungkin rindu masakan mak kot.


Isi yang paling panas hari ni ialah pasal pilihan raya Sarawak, bukannya pasal kematian pegawai kastam atau video seks Anu war tu. Aku buka je TV mesti ada cerita pasal pilihan raya tu.

Apr 14, 2011

Masalah tidur

Sekadar berkongsi, entah kenapa setiap pagi mesti malas betul aku nak bangun tidur, lagi-lagi hari yang kena pergi kerja. Tidur aku rasa cukup, standard kol 1am aku mesti kena tidur. Kalau tak mesti malas betul nak bangun pergi kerja. Kalau la bapak aku punya factory, dah tentu-tentu aku kerja dua tiga kali seminggu.hehehehe

Bukan apa, tadi masa rehat tengah hari aku tertegok rancangan WHI kat tv 3 tu. Bincang pasal tidur, aku pun pernah mengalaminya jugak. Masa tu aku baru je habis belajar kat Poli Merlimau kat Melaka. Seminggu lepas habis poli, aku dan kekawan dapat sambung kat NSSDC kat Mantin. Ambil sijil Open source operating system selama tiga bulan. Dapat elaun rm500.

Apr 12, 2011

Kalau Lapar Ingat TomYam SRI9

Assammualaikum. Rindu betul aku dengan tom yam sri9 tu la. Jumaat malam lepas aku dah pekena tom yam kat situ dengan raid a.k.a herman tino. Kenapa pulak dua orang je sebab kawan lain pergi pekena kongkat ali dekat mana entah. Bukan aku tak nak ikot diorang, cuma menu utamanya tongkat ali. Mana boleh masuk beb. Lagi satu tu group orang lame(dah kawen). Aku ni bujang lagi, jadi aku ajak raid a.k.a herman tino pergi pekena tom yam kat sri9 tu. Sedap beb tak tipu. Setakat ni kawasan Senawang ni kedai ni la paling sedap.


Apr 10, 2011

Kenangan : Mr. Cinderella

Hari ini otak aku buntu, entah ada semacam klu yang cuba otak ku sampaikan. Kabur dan samar-samar. Seolah-olah aku berjalan di waktu malam yang gelap yang hanya ditemani klip-klip malam sebagai penyuluh jalan. Aku cuba meluahkan keinginan ku tapi di halang dengan tembok-tembok batu. Aku cuma seorang hamba yang berusaha untuk meluahkan segala keinginan ku supaya ia tidak berkarat dan berlumut seumpama tukun di dasar laut.
 

Aku sebenarnya nak try buat ayat puitis kat atas tu. Tapi HAMPEH!!!

Apr 9, 2011

Kenapa Brodband Aku Slow!!!




Assalammualaikum & salam sejahtera,

Tak tahu kenapa hari yang indah ini boleh bertukar menjadi hari yang serbemalang bagi aku. Hari ni aku ingat boleh banyak benda la aku buat. Tapi hampeh!!! coverage celcom untuk beberapa hari ni HANCUR!!! Tengok la pic atas tu. Nak update blog untuk malam ni pun mau makan 1 jam tau. Macam mana tak terbakar. Setahu aku coverage untuk kawasan SENAWANG ni 1st class la. Takkan sebab gempa susulan kat Jepun tu kot. Lagi satu aku ingat boleh la aku usya-usya blogger lain mana tahu boleh jadi rakan blog aku. Sekarang ni baru seorang yang sudi. Niat baik aku tu untuk mengikat silaturahin sesama blogger terbantut. Dugaan namanya tu. Tapi bila lagi aku nak wat macam tu. Time cuti macam ni la. HANGEN aku!


Penafian!


Assalammualaikum dan Salam sejahtera.

Hari yang menyeronokkan. Sebab aku cuti hari ni. huhuhu Tu yang boleh tidor lewat semalam. Pagi ni aku bangun dari tidor dalam keadaan yang masih ngantok maklum la malam tadi tidor lewat dalam pukul 4am. Jadi ngantok tu masih ada lagi la. Entah kenapa macam ada yang menarik sangat kat internet hari ni. Macam biasa la setiap pagi aku mesti baca berita dulu. Semuanya aku baca  dari UTUSAN, MALAYSIAKINI,BERNAMA, SINARHARIAN,HARIAN METRO & BERITA HARIAN.

Perah Otak

Ngantok gile!!! Tadi aku balik kerja awal, tapi sebab dah janji dengan raid a.k.a herman tino nak pekena tom yam baik punya bila balik nanti dekat TTJ aku pon gagahkan diri (sebenarnya dah lapar gile). Macam  raid a.k.a herman tino kate Tom yam SRI9 ni A la. A tu kalau bonus mau dekat 5 bulan gaji. Tapi tom yam nya memang sedap. Di tambah pulak dengan nasi goreng USA. Licin la mangkok tu aku kerja kan. Nanti ada masa aku upload kan gambar tu kat blog ni. Biar korang teliur.huhuhuh

Balik je dari melantak aku terus je bukan PC ni. Macam biasa la nak update blog ni. Tapi blog ni macam banyak je yang kurang. Jadi aku cuba la buat apa yang patut untuk mencantikkan lagi blog yang baru aku buat ni. Dah macam-macam templete aku try. Resultnya HANCUR!

Akhirnya aku membuat keputusan untuk menggunakan templete ni. Boleh la walaupun banyak yang kurang lagi sebenarnya.


Apr 7, 2011

HOW TO AVOID VIRUS, SPREADING THROUGH USB DRIVE

Hari ni aku sebuk la jugak. Buah hati demam pulak tu.hehehe Hari ni aku dengar macam-macam berita kat TV. Yang paling aku tetarik adalah berita pasal 8 pegawai kastam kene dakwa atas 82 tuduhan. Hebat la paktam & maktam ni. Tu ala pepatah melayu ada kata sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh tersungkur. Ingat la ko nak bagi anak bini ko makan. Jangan suka-suka ambil duit. Lu dah kene bab...heheheh



SPRM POWER!!!HIDUP SPRM!!!

Apa-apa pun aku nak kongsi artikel ni dengan korang semua. Mungkin ramai dah tahu pasal benda ni. Tapi aku nak kongsi jugak. Maklum la kita kan manusia mudah lupa.

Apr 6, 2011

Oh SAMAN


Korang tahu tak berapa bernilainya RM300 ni pada diri aku. Aku boleh hidup sebulan tu. Sekadar berkongsi dan jadikan la teladan pada kita semua. Ceritanya bermula macam ni. Masa tu kecoh pasal komputer 1Malaysia, jadi aku nak mohon la. Aku pon pergi la TMPoint Seremban ni. Dapat je borang aku kene dapatkan sain n cop rasmi tok ketua kampung aku la pulak.


Jadi aku pon menuju ke kampung dari seremban. Masa tu jam menunjukan pukul 11am. Aku pon dengan berhemahnya memandu SAGA BLM yang aku miliki itu. Pendekkan cerita masa turun dari bukit putus tu, ada sebuah kancil yang memandu dengan bergitu slow. Rasanya meter kareta aku menunjukan 50KM/J. Jadi aku hilang sabar, apa bila jalan lurus je aku memecut tanpa menukar gear. Sebab kate aku outo la.

Kenangan SMK JELAI

 



Assalammualaikom... Dah beberapa hari tak update blog ni. Rindu la pulak. Ahad hari tu aku balik kampung sebab nak setelkan PTPTN aku tu. Mungkin korang pon ada dapat kot pasal UJrah tu. Tapi tu bukan ceritanya. Ceritanya bermula macam ni. Masa aku shok-shok tengok ABPPBH 2010, sambil-sambil baring aku terlihat sesuatu yang menarik, bukan  ABPPBH 2010 tu, tp pasal album photo.

Apr 4, 2011

Mobile Phone KU


Specs:
General 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 2100
HSDPA 850 / 1900 / 2100
Announced 2010, June
Status Available. Released 2010, September
Size Dimensions 111 x 49 x 15.5 mm
Weight 84 g
Display Type TFT, 256K colors
Size 240 x 320 pixels, 2.2 inches
Sound Alert types Vibration, MP3 ringtones

Apr 3, 2011

No Rumah


Pernah tak korang terfikir mengapa korang memilih rumah yg korang duduki sekarang? Apa nombornya? Apa yang menyebabkan korang tertarik untuk mendiami rumah tersebut?
(jgn percaya 100% aku xkn bertanggungjawab atas apa2 yg akan brlaku kelak) 


Kiraan:
Nombor 11 = 1+1=2
Jadi angka rumah korang ialah 2.Baca keterangan 2 kat bawah....

Nombor 192
= 1+9+2=12
12 = 1+2=3
Jadi angka rumah korang ialah 3.Baca keterangan 3 kat bawah....



Rumah nombor 1 Penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga.Kamu juga sering berasa kesepian,oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang
kamu.Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bagi merehatkan fikiran dan tubuh.Sentiasa menghadapi hari-hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira.

Apr 2, 2011

Rahsia Tarikh Lahir

Assalammualaikom... Hari ni aku tenson gile. Keje dah la banyak, boleh pulak time urgent pc boleh slow. Mau aku karate je pc tu. Kalu kilang tu bapak aku yang punya dah tentu2 pc tu dalam Recycle Bin. Dah la malas aku nak pikir pasal keje lagi. HAHAHAHA
Hari ni ade satu artikel baik punya aku nak kongsi dengan korang semua. Nah baca ni...
(jgn percaya 100% aku xkn bertanggungjawab atas apa2 yg akan brlaku kelak) 


 1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24 Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

Apr 1, 2011

Title : TAHUKAH ANDA APAKAH APRIL FOOL YG SEBENARNYA????

Assalammualaikom.. Macam biasa aku baru balik kerja. Penat gile hari ni... Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua satu artikel ni. Member aku fwd kat aku. Aku pon xpasti mana dia dapat info ni. Apa itu APRIL FOOL yang jatuh pada hari ini. Korang baca ni....

TAHUKAH ANDA APAKAH APRIL FOOL YG SEBENARNYA????

April sebagai hari ‘April Fool’. April Fool adalah hari di mana orang-orang diperbolehkan untuk menipu atau berbohong kepada orang lain. Tetapi tahukah anda apakah itu April Fool yang sebenarnya?

Sejarah April Fool

Sebenarnya April Mop adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas pembunuhan ribuan umat Islam di Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan melalui cara-cara penipuan. Oleh sebab itulah mereka merayakan April Fool dengan cara membolehkan penipuan dan pembohongan walaupun ia dikaburi dengan alasan kononnya ia hanya sekadar suatu hiburan atau gurauan belaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...