VVIP Followers

Memo :

MEMO :


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mendedahkan kira-kira 2.1 juta yang berumur 21 tahun ke atas yang layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih. Antara mereka memberi alasan bodoh seperti tidak berminat, malas, terlalu sibuk, tak tahu bagaimana untuk mendaftar dan macam-macam lagi. Adakah anda tergolong orang yang bodoh ini. Apa lagi daftar sekarang dan andalah penentu masa depan negara tercinta ini.


Cuba Klik Tengok!!!

May 7, 2013

Kurang Lebih...!!!




Sedar tak sedar lebih kurang dua bulan lagi kita nak puasa...
berdebarnya rasa hati ini...hehe




p/s : lagi la berdebar hati ini bila melihat iklan raya telah dimainkan di TV...hehe



Dah Dilaksanakan...!!!




Alhamdulillah...
dapat juga aku laksanakan tanggungjawab pada negara...
kini tiba masa mereka yang di pilih untuk menjalankan tanggungjawab mereka...


Semoga Malaysia Terus Maju...& Dilindungi

ALLAH



Apr 10, 2013

Manifesto: Siapa tiru siapa?




TIDAK sampai 24 jam selepas dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ternyata manifesto Barisan Nasional (BN) yang bertemakan 'Menepati Janji Membawa Harapan' mendapat reaksi yang begitu hebat sekali. Mungkin ini kali pertama sejak beberapa dekad lalu, manifesto pilihan raya umum di negara ini menjadi topik perbualan utama rakyat Malaysia.


BN telah memperkenal 17 perkara yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan rakyat. Paling utama, manifesto kali ini memberi perincian terhadap apa yang akan BN lakukan dalam masa lima tahun akan datang.

Nampaknya, pemerincian janji-janji yang dibuat oleh BN menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) hilang arah dan mula menuduh BN meniru manifesto mereka. 

Manifesto harus dilihat secara keseluruhan bukannya secara satu isu lawan satu isu. Pengurusan kewangan dan polisi negara perlu dinilai secara menyeluruh dan komprehensif.

Untuk perbahasan kita boleh akui topik-topik yang diutarakan oleh manifesto PR turut disebut dalam manifesto BN. Namun idea yang sama seperti harga kereta, pemberian bantuan kepada orang miskin, sistem pendidikan, kos sara hidup adalah isu universal yang diperkatakan oleh orang ramai.
   

Apr 8, 2013

Manifesto Politikus malaysia...!!!






PR

BN


p/s : ni gambaran secara ringkas 'gula-gula' yang dijanjikan olah politikus2 yang di negara kita ni...masa untuk memilih sudah tiba...jangan mudah tepengaruh dengan janji yang di buat dan buatlah pilihan yang terbaik bagi masa depan negara kita...




Mar 17, 2013

Itu Tandanya...???




Rumah sewa dua tingkat...
apabila tinggal di rumah keseorangan...
dalam keadaan yang sunyi sambil melayari internit di ruang tamu di bawah...
tiba-tiba kedengaran...

seakan-akan pintu bilik atas di tutup...
seakan-akan kerusi di bilik atas di tolak...
seakan-akan perabot yang berat di atas di tolak...
seakan-akan sesuatu benda berat jatuh ke lantai...

apa tandanya tu...?


p/s : time aku tulis entri ni pon aku rasa tak sedap hati...berpeluh gitu...aku rasa jiran sebelah yang cuba takutkan aku...



Mar 3, 2013

Al-Fatihah...!!!




sumber : google imej

Al-fatihah pada wira kita yang terkorban di Sabah...




p/s : bila aku tengok berita di tv,internet...kalau ada orang kita yang tekorban aku rasa sedih sangat...sayup je hati ni...Allah maha besar...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...