VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 20, 2011

Hari Bumi

Selamat Hari bumi... 22 April ni
Tak sangka aku yang bumi pon nak sambut hari dia juga. Sumpah aku tak tahu pasal ada hari macam ni. Bukan apa yang selalu aku dengar hari jadi, hari ibu, hari bapa, hari guru dan lain-lain. Ni pon aku tahu pasal pagi-pagi masa pergi kerja mesti pasang HOT.fm. Tapi apa yang aku kena buat ah??? Tanam pokok ke? Bersihkan rumah ke? Entah la....

Nah amek ni serba sedikit pasal hari bumi ni:...

Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Jangan lupa sambut!!!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...