VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

May 28, 2011

Sabtu Tanpa Beg Plastik

Entri kali ni aku nak cerita pasal SELAMATKAN BUMI KITA! Korang pernah bayangkan tak yang kita ni buang sampah sehari berapa banyak? Sampah apa yang kita buang? Dekat mana kita buang? Macam mana sampah ni dilupuskan? Mesti korang tak pernah fikirkan.....

Sama macam aku, cuma aku dah sedar sikit la sekarang ni. Macam aku pergi kedai nak beli air mineral sebagai contoh, aku takkan ambil beg plastik kedai tu. Sebab aku tahu beg plastik tu mesti ke tong sampah juga akhirnya. Macam kat tempat kerja aku pon ada kampen macam ni. Cuma dia buat hari jumaat, maklum la sabtu dan ahad kan cuti.

Kalau korang pergi pasaraya hari sabtu kena bawa beg sendiri la. Tapi pihak pasaraya pun ada sediakan plastik beg cuma setiap hari sabtu je korang kena bayar untuk dapatkan beg plastik tu. Kesimpulanya kita mesti kurangkan pengunaan beg plastik dan gunakan beg yang boleh dikitar semula. Supaya bumi kita ini tidak tercemar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...