VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Sep 26, 2011

Syukur Segalanya Sudah Selesai...!!!



Setelah enam bulan berlalu segalanya sudah selesai...
Dari mengusha rumah hinggalah tukar hak milik rumah sudah pun dilalui...
Sekarang tenggah menunggu salinan geran rumah dan cek sahaja...huhu


nampak tak muka puas ni...hehe



Blog Aku Ni OK, Blog Korang Macam Mana...???

nak scan blog 

Apa tujuan website ni...??? Tujuannya adalah untuk mengesan benda-benda 
halus yang tak dapat di lihat dengan mata kasar...
Mana la tahu blog korang ada saka...hehe
gurau je...
Fungsi dia macam nak scan virus kat pc/laptop/netbook korang la...
lebih kurang macam tu la...
cuba la...aku dah cuba dan ini hasilnya....




kredit info : blog



Sep 25, 2011

Kebersihan Di Dahulukan, Keselesaan Di Utamakan...!!!





sebelum...



selepas...


Kebersihan ni tak tahu la berapa la boleh bertahan...haha




Sep 24, 2011

Korang Ada Ke Macam Ni Ramai...???




Ada sampai macam ni ramai orang online satu-satu masa kat blog korang...???
tak ada kan...hahaha
jangan jelos la...
Aku bukan nak cakap besar la...korang tengok sendiri la...
(perasan betul aku ni)

hahahahaha.....
tu aku dah edit sikit...sebenarnya banyak ni je orang view blog aku satu-satu masa...



Teringin juga nak jadi macam diaorang ni...ramai yang nak baca entri diaorang...
Ok la tu...ada juga orang nak baca n tinggalkan comment...
dari aku je yang baca entri aku tu...sendiri tulis sendiri baca...hahaha



Terok Sangat Ke Aku Ni...???




Satu-satunya kad raya yang aku dapat tahun ni...
Dari buah hati ku...
Boleh dikatakan banyak juga la kad yang si dia ni hantar...
Tapi aku tak pernah balas...
Yang aku hantar hanya sms raya sahaja...

Terus terang aku cakap...aku rasa bertuah sangat dapat si dia ni...
Sebab......
hanya aku sahaja yang tahu...hahaha

Sep 21, 2011

Tak Ada Sivik Punya Kucing...!!!

Marah betul aku kat seekor kucing kat taman aku ni. Tu kecil-kecil dulu tak pergi sekolah la tu... Kalau aku kenal la siapa ketua taman ni, nak je aku suruh dia panggil perhilitan tangkap kucing tu. Sumbat kucing tu dalam lokap. Baru dia tahu...

Tak ada sivik punya kucing... Mana taknya, bayang kan eh... Kereta aku yang besar ni dia berani lawan. Siap dia berkelah lagi atas jalan tu... Sepatutnya dia la yang perlu mengelak kereta aku ni. Ni tak aku pula yang perlu mengalah... Tak boleh jadi... Siap kucing tu buat muka poyoo lagi atas jalan tu... Macam tak bersalah je... Dah banyak kali macam ni... Aku rasa bukan aku je yang jadi mangsa buli ni...

Mungkin tuan dia terlampau manjakan kucing tu sampaikan dengan kereta aku pon dia tak takut... Tak sampai hati nak langar... Patut la aku tak suka kucing...

p/s : Ada orang kata cari la bakal suami yang sukakan kucing, nescaya dia akan menyanyagi kita.
( Aku tak caya benda ni... Hellooo cara orang sayang haiwan dan sayang manusia lain ok...
Aku ni penyanyang apa... cuma dengan kucing aku lemah sikit...
Dan aku ni tak romentik...
tapi aku boleh jadi suami yang baik pada korang semua apa!!!...)


ini sepisis apa pon aku xtahu...




Sep 16, 2011

Bangga Tak Korang Jadi Rakyat Malaysia...???



Aku Bangga...!!!

Kalau YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak baca blog aku ni...
Aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia kepada beliau, semoga PM berusaha untuk lebih memahami masalah rakyat terutama orang kampung, setiap keputusan yang akan di buat mesti la mengutamakan rakyat terbanyak... 

Kalau korang, nak ucapkan apa pada PM...???

p/s: pic atas tu aku ambil di blog ni...


Selamat Hari Malaysia...








Sep 15, 2011

Diorang OK Apa...!!!




video


Aku ni bersifat petriotik sikit...
Dah lama aku dengar pasal kumpulan MAX 24:7 ni...
Aku baca blog hiburan ramai juga yang kutok baik punya kumpulan ni...
Korang tak suka sebab apa???
sebab diorang tiru konsep kpop...??? jangan la bersifat kebudak-budakan...
sebelum kpop ni popular kat negara kita ni...kita dah ada kumpulan yang konsep macam ni apa...
contohnya KRU...banyak lagi la kumpulan macam tu...

Bukan korang faham pon apa kumpulan kpop tu nyanyi...betul tak...???
(ko tengok org tu melompat ko pon nak melompat...)

Kita tak nak tengok faizal tahir nyanyi tak pakai baju, kita juga tak boleh
tengok bruno mars nyanyi tak pakai baju...
Bukankah salah tetap salah walaupon berlainan bangsa,agama dan negara...kan!!!
Kita kan bersifat ketimuran...penuh sifat kesopanan,kemaluan...
Sokong la artis tempatan...bukan terok sangat pon nyanyian kumpulan
MAX 24:7 ni...

BEST APA...!!!


p/s : aku xpaksa ko suka apa yg aku suka...tp apa salahnya bersifat petriotik sikit...aku pakai kereta Saga BLM, walaupun org selalu kutok keta aku tu...jangan tanya apa sumbangan negara pada kita,tp tanya apa sumbangan kita pada negara.


Sep 10, 2011

Doa Ku Untuk Mu...Semoga Berjaya...!!!

Shafi Sali akan menjalani ujian pemilihan selama dua minggu
bersama kelab Cardiff City...
Semoga berjaya Bro...

Kami rakyat Malaysia akan mendoakan kejayaan mu...


video


Doakan Safee Sali berjaya...ok?


Erti Kemerdekaan...



"Peninjauan terhadap pembangunan di Malaysia harus dilakukan dengan turut meninjau pembangunan di seluruh dunia. Kita tidak boleh membandingtkan keadaan Malaysia dengan 50 tahun yang lepas. Kita bukan sahaja memerlukan ekonomi yang maju, malah kita juga perlu mempertahankan keadilan dan hak asasi manusia, mengurangkan jurang antara kaya dan miskin serta tidak mengkategorikan golongan berdasarkan bangsa dan agama. Itulah kemerdekaan yang kita mahu. Pemerintah yang hanya di kuasai oleh segelintir hartawan, cendiakawan Melayu dan bangsawan bukanlah sesuatu yang kita mahukan".


Sep 7, 2011

Ada Kah Sejarah Kita Menipu...???

video

Peristiwa bukit kepong adalah sebahagian kecil daripada kekejaman PKM
 di Tanah Melayu...

Adakah sebab PKM menyerang balai polis yang british bina...
Mereka boleh di angkat sebagai Pejuang Kemerdekaan Negara???

Bagaimana pula kekejaman terhadap rakyat jelata???
Adakah mereka juga tali barut british???

p/s : mak aku cakap ni seorang lagi BANGGANG...


Sep 3, 2011

Rakyat Kita Mati Di Tembak Di Somalia...


Al-fatihah untuk arwah... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AMIN...  

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya. Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan (gambar) juga terkena tembakan dan cedera di bahu. Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).

Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing. Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).











Sep 1, 2011

Beraya Di Zoo Melaka...

Selamat hari raya dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 54 tahun. Semoga negara ini terus maju dan aman sentosa. Amin!!!

Alang-alang dah cuti ni, aku bawa la keluarga aku pergi Zoo Melaka pagi tadi. Menurut cerita ayah aku, kali pertama aku pergi sini semasa umur aku setahun lebih. Jadi ni kali ke tiga la aku sampai sini. Nak naik lenggoh la kaki aku berjalan satu zoo ni.






SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT MENYAMBUT HARI 
KEMERDEKAAN YANG KE 54






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...