VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

May 29, 2011

Result : MU vs Barcelona

Barcelonan menang 3-1 keatas Manchester United semalam yang berlangsung di stadium Wembley,Englang. Kemenangan ini merupakan kali ke-4 sepanjang menyertai kejohanan ini.

Barcelonan mendahului dengan jaringan Pedro Rodrigue pada minit ke-27. Wayne Rooney menyamakan kedudukan untuk Manchester United pada minit ke-34. Sembilan minit bersambung masa kedua, Messi menjaringankan gol kedua Barcelona, Jaringan minit ke-70 oleh Villa menutup terus peluang Manchester United untuk menjuarai kejohanan kali ini. Tahniah Barcelona!

Aku dah agak Barcelona mesti menang punye.hehehe

May 28, 2011

Manchester United vs Barcelona

Pagi 29 Mei ni final juara-juara... Aku memangp minat dua-dua pasukan ni... Tapi salah satu mesti kena juara, sebab mana ada final bola sepak juara berkongsi piala.hehehe

Jadi mana pilihan korang? Aku rasa seri 2-2 sama. Pastu penalti... lantak ko la sapa nak menang. Rasanya aku tak tengok kot. Lebih baik aku tido.huhuhu

Siapa bakal jadi JUARA???

Kalau boleh tengok live kat stadium kan seronok...


Aku rasa yang jadi juara mesti antara Manchester United dan Barcelona
.huhuhuh

Courts Mammoth

Entri kali aku nak cerita pasal 'courts mammoth'... jangan salah angap! Aku ni bukan nak promote atau pun di bayar oleh pihak courts mammoth sendiri untuk promosikan syarikat diorang. Blog ni kecik je bro...

Perasan tak kalau tengok tv3 mesti ada keluar iklan "Courts Mammoth Raya" yang 90 hari tanpa bayaran tu...Tv lain aku tak pasti la ada tak keluar iklan ni.  Aku tak nak cerita apa barang yang diorang jual cuma aku nak cerita pasal pekataan 'RAYA' tu... Sekarang ni dah hujung bulan mei. Jadi tinggal lebih kurang dua bulan je lagi nak puasa. Sekejab je masa berlalukan, pejam celik je dah nak masuk bulan jun. Puasa dah ganti ke wahai wanita....kalau lelaki tu aku yakin puasa penuh.huhuhu


Tahun lepas aku puasa penuh la....Betul tak tipu!


Sabtu Tanpa Beg Plastik

Entri kali ni aku nak cerita pasal SELAMATKAN BUMI KITA! Korang pernah bayangkan tak yang kita ni buang sampah sehari berapa banyak? Sampah apa yang kita buang? Dekat mana kita buang? Macam mana sampah ni dilupuskan? Mesti korang tak pernah fikirkan.....

Sama macam aku, cuma aku dah sedar sikit la sekarang ni. Macam aku pergi kedai nak beli air mineral sebagai contoh, aku takkan ambil beg plastik kedai tu. Sebab aku tahu beg plastik tu mesti ke tong sampah juga akhirnya. Macam kat tempat kerja aku pon ada kampen macam ni. Cuma dia buat hari jumaat, maklum la sabtu dan ahad kan cuti.

May 23, 2011

Syukur Alhamdulillah...

Usaha aku selama beberapa bulan ni akhirnya berhasil. Tengahari tadi aku dan pemilik rumah telah menandatangani penjanjian pertukaran hak milik rumah yang aku ingin beli ini di depan peguan.huhuhu

Aku harap tiada la halangan dalam proses pertukaran ni. Kata peguam proses ni akan mengambil masa lama mungkin hingga lima bulan. Maklum la pemilik rumah ni buat loan dengan kerajaan. Sebab tu lambat kot....


May 22, 2011

2nd Day : Kursus Kahwin

Hari ini merupakan hari kedua aku join kursus kahwin. Kelas start pukul 9 pagi tapi aku dah sampai pukul 8 pagi. Nampak sangat tak sabarkan...  Bukan apa tak sabar nak habiskan kursus ni...  

Tapi kali ni tak bosan sangat la sebab penceramahnya pandai menyampaikan ceramah.... Jadi aku tak la bosan sangat...  Ada sorang penceramah ni tanya pada kami semua apa tujuan anda datang kursus ini?  Jawapan biasa dari budak-budak ni, nak sijil la, nak kahwin la... Sama juga macam aku, nak sijil kursus kahwin tu... Kan tak boleh kahwin kalau tak ada sijil tu...hahaha

Tapi penceramah tu kata tujuan sebenarnya adalah untuk mencari ilmu perkahwinan ni... Tak nak la nanti bila dah kahwin tak sampai setahun dah bercerai... Buat rugi je... Hantaran dah la tinggi...huhuhu   Cerita pasal hantaran ni...agak-agaknya berapa la bakal keluarga mentua aku mintak eh???

Apa-apa pun aku dah berjaya menamatkan kursus kahwin ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam progrem ini yang tak langsung membolehkan aku memperoleh sijil yang berharga ini. TQ!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...