VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Jul 8, 2011

Tmn Pinggiran Senawang Di Serang...!!!

Hari ini aku nak cerita pasal politik sikit. Pas serang taman aku ni...!!! Lokasi berhampiran padang tmn pinggiran senawang. Aku rasa 500 orang hadir. Jam menunjukan pukul 10.30pm. Aku pon tak tahu la bila ceramah ni bermula. Patut la jalan keluar dari taman ni penuh dengan bendera PAS.

Korang tahukan pasal bersih 2.0 tu... Dari pandangan aku la sebagai seorang yang cintakan negara ini, aku tak sanggup tengok negara ini hancur macam Mesir tu. Dengan alasan untuk mencari keadilan dan akhirnya negara tu hancur. Korang nak?

Maknanya bersih 2.0 ni nak mengujudkan suasana tak tenteram macam negara lain tu. Sebab apa aku cakap macam tu, aku dengar sendiri si Pas ni cakap perhimpunan ni adalah untuk menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil yang diorang dapat inspirasi dari apa yang berlaku di mesir. Dia nak ajak orang ramai turun pada 9 julai ni dan nak berhimpun macam mana yang berlaku di mesir tu. Malaysia ni aman la Haji...

Aku tak nafikan apa si Haji tu cakap ada betulnya... Macam nama pemilih bertindih, terutamanya pesara tentera dan polis. Aku pon harap si SPR ni buat kerja... Bro polis pon akan siasat bila ada laporan di buat. Sama juga macam SPR, mustahil diaorang boleh cek 100%. Kita ni sebagai yang mempunyai pengetahuan buat la laporan kepada SPR. Tapi tak pihak membangkang buat tu sebagai modal mendapatkan undi...

Lagi satu dia cerita pasa pelajar lepasan SPM yang nak sambung pelajaran tak dapat sambung kerana tak ada duit. Haji keluarga saya ni bukan orang berduit, tapi setahu aku la masa adik aku dua orang tu abis je SPM dan baru memohan nak sambung belajar terus sampai cek rm1500 untuk persiapan sambung belajar. Dapat sambung belum tahu lagi... Apa namanya tu..!!! Kerajaan nak tolong la...Aku pon tak faman la...

"POLITIK INI KOTOR"
Maksudnya orang politik ini sanggup janji apa-apa saja untuk dapat undi...
(mampu atau tidak ditunaikan itu belakang kira)
Matlamat menghalalkan cara!!!
Sama ada Barisan @ Pakatan


Kepada semua blogger, entri ni cuma pandangan aku semata-mata...

UMNO mengutamakan MELAYU
PAS mengutamakan negara KEBAJIKAN
KEADILAN mengutamakan ANUAR IBRAHIM
DAP mengutamakan CINA


ni pic aku ambil masa ceramah tu di adakan...

19 comments:

  1. buat jem jalan je semua ni!

    ReplyDelete
  2. @i'm ezza haniza

    Bukan setakat jem je mungkin kerosakan harta benda awam..

    ReplyDelete
  3. pasal mesir tu bukan psl keadilan, dia cuma mahu pertukaran pentadbiran kerana hosni mubarak dah mentadbir selama 30 tahnu tapi tiada kemajuan.

    pasal bersih ni, pendapat aku en, aku xkesah dia nak ada kan dengan syarat
    1) tiada huru hara
    2) diadakan secara damai tanpa menganggu org keliling (which is not happening now)
    3)masih menghormati semua pihak.

    tak dinafikan sesetengah apa yg mereka utarakan ada baik dan betulnya kan ? tapi cara dia tak kena.

    ReplyDelete
  4. @PUTERI AISYAH

    Mungkin tu je cara yang diorang nampak untuk sampaikan apa yg diorang tak puas ati.

    ReplyDelete
  5. erm...aku x setuju pasal pandangan ko ngan mesir tu.aku sendiri nak mengaku yg aku respek ngan semangat dorang nak gulingkan hosni mubarak time tu.lgipun, sedikit sebanyak dah bantu sedara kita kat palestin nin sikit2.mungkin nak tlg secara keseluruhan lom kena masa lagi.atas sebab2 tertentu...

    tunggu je la ape jadi esok...huhu...

    ReplyDelete
  6. @Nur Hani

    aku setuju..tapi kalau dh melibatkan ribuan org mustahil untuk di kawal..semoga esok tak berlaku pekara yg tak elok.amin

    ReplyDelete
  7. @APAN

    semoga semua berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  8. Cara tidak menghalalkan matlamat. Niat baik tapi cara salah.

    ReplyDelete
  9. @NA

    Mungkin juga...yg penting matlamat yg ingin dicapai...

    ReplyDelete
  10. tunggu jugak...jalan lenggang polis jer ramai

    ReplyDelete
  11. @PUTERI AISYAH

    Kali ni mungkin susah kot nak berhimpun...polis ramai..

    ReplyDelete
  12. dari layan bersih,tak sabar tunggu liverpool datang kl lawan malaysia

    ReplyDelete
  13. @PUTERI AISYAH

    Amboi...minat bola rupanya...

    ReplyDelete
  14. erm.. jom bersih sekitar rumah ^^

    ReplyDelete
  15. entahlah, tak tahu nak komen apa lagi. cuma saya harap negara kita takkan jadi macam negara-negara arab yang lain. sebab terlalu inginkan bersuara dan berdemonstrasi, menyebabkan pihak luar campur tangan. akhirnya? tak memberi faedah kepada sesiapa pun malah merugikan. Islam patut bersatu berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah. bukan berpaksikan politik semata-mata. tak payah menunding jari siapa yang salah siapa yang betul sebab tiada manusia yang sempurna. moga Malaysia terus aman. amin ya rabbal alamin. ((;

    ReplyDelete
  16. @AdaNaz87

    Satu pandangan yang bernas...
    Amin...

    ReplyDelete
  17. @i'm ezza haniza


    buat dalam stadium mana jem!tapi polos plak xbag...bodoh!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...