VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Oct 26, 2011

Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijah 2011...



Petang 27 Oktober bersamaan 29 Zulkaedah ditetapkan bagi melihat anak bulan Zulhijah untuk menentukan Aidiladha. Perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas diperkenankan Majlis Raja-Raja. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidiladha atau Hari Raya Qurban adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Sebanyak 30 lokasi ditetapkan bagi melihat anak bulan pada tahun ini iaitu :

Johor
Pontian Kecil

Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara

Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson

Selangor
Bukit Melawati dan Pulau Angsa, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, dan Sabak Bernam

Perak
Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong

Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh

Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar

Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, dan Balai Cerap KUSZA, Setiu

Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu

Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu

Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan

Sabah
Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan

Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur

Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat

10 comments:

  1. Macam baru semalam aje kita sambut Raya Puasa dah nak Raya Haji pulak.

    ReplyDelete
  2. Perak
    Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong

    saya kat perak.. :D

    ReplyDelete
  3. cepatnye masa brlalu...dh nak raya haji pulak..:)

    ReplyDelete
  4. erm xsabar^^

    ReplyDelete
  5. @Kamal Mustafa

    tu la bro...dh nak raya lagi...hehe

    ReplyDelete
  6. @schaze zainn

    bagus la dekat...nanti tlong tgokn tau...nampak bg tahu kite org semua...hehe

    ReplyDelete
  7. @Ungu Violet

    tu la...sebok dgn hal dunia...hehe

    ReplyDelete
  8. @El-Janna

    xsabar nak main bunge api ke? hehe

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya .............hepinya....ada buat puasa sunat tak????????

    ReplyDelete
  10. @PUTERI AISYAH

    selamat hari raya juga pd sis...ada...puasa hingga abis sembahyang rayakan...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...