VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Jun 5, 2011

Movie Yang Baru Aku Tengok!

Hari ni hari minggu... Tak kerja dan tak balik kampung sebab gaji bulan lepas tak masyuk... Kalau tak tiap-tiap minggu aku balik kampung.hahaha

Movie ni dah lama keluar panggung cuma baru hari ini aku dapat tengok. Ada aku kesah korang kata aku ni ketinggalan zaman...hehehe  Itu pon keluar kat tv3 slot pesona 3...  Serius aku cakap meleleh la air mata jantan aku ni keluar... Best gile cerita ni dan dah lama aku tak tengok cerita macam ni... Teringat aku cerita Nur Kasih... Aku layan cerita tu la... Kawan aku yang dah tua bangka pun layan tau..

Movie Ayat-ayat Cinta membuat aku insaf sekejab... Korang layan la lagu Ayat-ayat Cinta dari Rossa ni...





Jun 4, 2011

E. coli : Bakteria paling bahaya...

Cerita ni tengah top kat dunia... Setakat ni seramai 1,600 orang telah dijangkiti oleh bakteria E.coli dan membunuh seramai 17 orang. Bakteria ni dikatakan yang paling bahaya dalam sejarah manusia dan negara Jerman merupakan pusat wabak tersebut. Setakat aku dengar dan baca wabak ni masih tersebar sekitar benua eropah dan tak mustahil akan sampai kat negara kita ni. Bahaya tu!

Kesan apabila terkena wabak ni macam akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Cara tersebar tu mungkin  selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman. Jadi pada mereka yang suka makan sayuran dari negara eropah ni yang mungkin korang beli dari pasaraya besar ni tu, hentikan la! Aku tak pasti la kalau pasaraya besar ni ada ambil sayuran dari negara eropah ni kan. Cuma nak berhati-hati....

Semoga negara kita terhindar dari wabak ini...AMIN!


Sistem beraja di Malaysia

SEGALA-GALANYA bermula daripada dasar Malayan Union yang diperkenalkan pada 4 April 1946 di Tanah Melayu oleh Parti Buruh Britain. Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, British yang kembali ke Tanah Melayu mengusir tentera Jepun menganggap kedaulatan Tanah Melayu sudah tidak wujud. Malah, British berpendapat sudah tiba masanya mereka berkuasa dalam menentukan sistem pentadbiran Tanah Melayu.

Bertitik-tolak daripada pascapeperangan berkenaan tanpa melakukan sebarangan rundingan bersama wakil orang Melayu, British mengambil keputusan memperkenalkan Malayan Union. Malangnya, dasar Malayan Union telah menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan orang Melayu. Ketika itu, Dato Onn Jaafar, Dr. Burhanudin Helmi pegawai, kumpulan bangsawan dan segelintir orang Melayu menentang Malayan Union.

Daulat Tuanku!

Khutbah jumaat hari ni bercerita pasal ulang tahun keputeraan Baginda pada 4 jun ni. Tajuk khutbah tu tak salah aku Yang Dipetuan Agung Pemandu Tranfomasi Ummah. Lebih kurang macam tu la ayatnya. Kalau ada antara korang tak tahu Baginda ni merupakan Yang Dipetuan Agung Malaysia yang ke-13.



Aku nak kongsi sikit pasal info menarik tentang Sultan Mizan Zainal Abidin ni :

1. Anak raja yang pertama lahir selepas kemerdekaan Malaysia dan menjadi Sultan yang termuda, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan Terengganu pada usia 36 tahun pada tahun 1998.
2. Menjadi Yang Di-Pertuan Agong termuda (tabal pada usia 44 tahun) selepas Tuanku Syed Putra Almarhum Syed Hassan Jamalullail yang ditabalkan menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada usia 41 tahun.
3. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong semasa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada April 1999.
4. Timbalan Yang Di-Pertuan Agong kepada Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada December 2001.
5. Ditabal menjadi Yang Di-Pertuan Agong pada 13 December 2006 selepas Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.
6. Berkahwin dengan Permaisuri Nur Zahirah pada 28 Mac 1996 dan mempunyai dua puteri dan dua putera.

Copy&paste= sumber




Jun 1, 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...