Apakah Punca & Faktor Risiko Kanser Prostat
Tidak ada kajian tepat yang dapat menunjukkan mengapa kanser prostat biasanya akan menyerang kaum lelaki. Namun, kajian telah menunjukkan bahawa lelaki dengan yang mempunyai faktor-faktor risiko tertentu lebih berisiko untuk mengidap kanser ini.
Kajian dan penelitian telah menemui faktor-faktor berikut yang boleh menyebabkan seseorang berisiko mengidap kanser prostat:
  • Umur lebih dari 65 tahun: Usia merupakan faktor risiko utama untuk kanser prostat.Kebarangkalian untuk mendapat kanser prostat meningkat seiring dengan bertambahnya usia. Di Amerika Syarikat, kebanyakan lelaki dengan kanser prostat di atas 65. Penyakit ini jarang berlaku pada lelaki di bawah 45. 
  • Sejarah keluarga: Risiko anda  lebih tinggi jika ayah anda, saudara, atau anak menderita kanser prostat.
  • Bangsa: Kanser prostat lebih umum berlaku kepada lelaki berkulit hitam daripada lelaki berkulit  putih atau Hispanik / Latino.
  • Perubahan nyata kelenjar prostat:Individu yang mempunyai sel yang disebut High-Grade Prostatic Intraepithelial Neoplasia (PIN) mungkin akan meningkatkan risiko kanser prostat. Sel prostat ini akan kelihatan abnormal di bawah mikroskop.
  • Perubahan gen tertentu: Para penyelidik telah menemui kawasan-kawasan tertentu di kromosom tertentu yang berkaitan dengan risiko kanser prostat. Menurut kajian terkini, jika seorang lelaki mempunyai perubahan genetik dalam satu atau lebih dari kawasan ini, risiko kanser prostat boleh dipertingkatkan. Risiko meningkat dengan jumlah perubahan genetik yang ditemui. Selain itu, kajian lain telah menunjukkan peningkatan risiko kanser prostat di kalangan lelaki dengan perubahan dalam gen tertentu, seperti BRCA1 dan BRCA2.

Tanda dan Gejala Kanser Prostat
Kebanyakan lelaki yang mengidap kanser prostat diperingkat awal kadang-kadang tidak sedar bahawa mereka mempunyai penyakit tersebut.Namun ketika penyakit ini telah menunjukkan gejalanya,kemungkinan tanda-tanda di bawah akan berlaku:

1. Masalah kencing
2. Kesulitan zakar mempunyai ereksi
3. Darah dalam urin atau air mani
4. Sering sakit di bawah punggung,pinggang, atau bahagian atas paha

Untuk maklumat lanjut korang pergi ke http://buahpinggangsihat.com/