VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 16, 2011

Sarawak State Election 2011

Ini pertama kali aku update blog yang tak sampai sebulan usianya dari kampung. Minggu lepas tak balik, tu yang minggu ni aku balik. Aku ni kalau boleh tiap-tiap minggu nak balik kampung. Mungkin rindu masakan mak kot.


Isi yang paling panas hari ni ialah pasal pilihan raya Sarawak, bukannya pasal kematian pegawai kastam atau video seks Anu war tu. Aku buka je TV mesti ada cerita pasal pilihan raya tu.


Terkenang aku pertama kali mengundi pada 2008 tu. Ayah aku beberapa kali ingat kan aku supaya  jangan lupa mengundi. Sebab kuasa di tangan kita, masa ni la kita nak tentukan kerajaan yang kita inginkan. Kalau cerita bab politik berapi-api, keluar la macam-macam hujah dan dalil. Tapi tak pon mendaftar sebagai pengundi. Tu yang aku marah sangat dengan orang macam ni la.


Pukul 6.30pm aku on Laptot. Sebab nak tahu sangat result pilihan raya Sarawak ni, aku bukak web Malaysiakini. Dari semasa aku refresh web ni. Nak tunggu berita lama lagi.

Akhirnya secara rasminya BN menang dengan mejoriti 2/3.



Tapi aku tertarik dengan perbualan antara mak dan adik bongsu aku yang tahun ni nak ambil PMR. Dialonya lebih kurang macam ni:

Emak : Bahaya macam ni kalau Pakatan Rakyat menang.
Adik Aku : Kenapa pulak mak?

Dialong selebihnya aku terpaksa potong sebab mak aku ni pro UMNO kot. Emak aku selalu ingatkan adik beradik aku supaya jangan lupa jasa kerajan kepada kita. Dan itu lah yang aku simpan sampai sekarang. Aku sayang keluarga aku.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...