VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 22, 2011

26 April Hari Harta Intelek

Jumaat datang lagi... Tadi masa dengar kutbah jumaat kat masjid TTJ aku terdegar imam tu cakap pasal Hari Intelek yang akan di sambut pada 26 April ni. Apa pulak tu hari Intelek? Tak sangka pulak aku yang Intelek ni pon ada harinya. Banyak betul yang aku tak tahu pasal hari-hari istimewa kat Malaysia ni.

Imam tu cakap lagi berdosa curi harta intelek ni. Tu je la yang aku dapat tangkap. Ngantok punya pasal aku dah tak dapat dengar sangat apa yang imam tu berkutbah. Sebab aku nak tahu sangat apa itu Hari Intelek ni aku telah search kat google. Hasilnya seperti berikut:-


1. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni, rekacipta dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

2. Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang berasaskan pengetahuan.

3. Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi produk dan teknologi.

Maklumat ni aku copy & paste dari wikipedia


2 comments:

  1. Salam admin,

    Adakah blog pun termasuk dalm harta intelek?

    ReplyDelete
  2. Wsalam Kidney Expert,

    Tak salah sy harta intelek ni sesuatu hasil@reka cipta yang didaftarkan di bawah harta intelek. Tujuannya untuk mengelakkan org yg tak bertanggungjawab mencuri hasil karya kita utk tujuan mengaut keuntungan. Klu mcm sy yang copy&paste maklumat utk tujuan berkongsi tak apa kot...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...