VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Apr 10, 2011

Kenangan : Mr. Cinderella

Hari ini otak aku buntu, entah ada semacam klu yang cuba otak ku sampaikan. Kabur dan samar-samar. Seolah-olah aku berjalan di waktu malam yang gelap yang hanya ditemani klip-klip malam sebagai penyuluh jalan. Aku cuba meluahkan keinginan ku tapi di halang dengan tembok-tembok batu. Aku cuma seorang hamba yang berusaha untuk meluahkan segala keinginan ku supaya ia tidak berkarat dan berlumut seumpama tukun di dasar laut.
 

Aku sebenarnya nak try buat ayat puitis kat atas tu. Tapi HAMPEH!!!

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal zaman sekolah aku. Cerita ni memang tak boleh aku lupakan. Macam aku bagi tahu sebelum ni aku akan uplode kan gambar zaman sekolah aku tu. Gambar ni semua koleksi aku sendiri. Gambar agak kabur (credit : J108) Mesti korang nak tahukan macam mana semua ini bermula? Aku dah agak dah, korang mesti nak tahu. Baca sinopsis ni.

Permulaan sebuah sketsa : Mr. Cinderella

Permulaannya agak mengerikan. Masa tu aku Form 4 baru je habis peperiksaan akhir tahun. Tahun yang aku maksudkan ialah 2002. Aku kan ketua kelas, jadi apa-apa memo sekolah yang terkini mesti sampai kat aku dulu. Hari tu ada budak cakap Cikgu Hal Ehwal Pelajar nak jumpa aku. Beliau ialah En. Yahya Zainol Abidin merangkap cikgu SAINS PERTANIAN aku. Garang orangnya tapi bertempat la. Apa la salah aku kali ni, rasanya aku dah jalankan tanggungjawab aku dengan sebaik mungkin(perasan). Sampai je di bilik beliau aku nampak ada beberapa orang ketua kelas lain yang senasib dengan aku.
 
Hari tu dia bagi satu amanat penting pada setiap ketua kelas. Lagi tepat kalau aku katakan itu satu mimpi buruk yang bakal aku tempuh. Boleh pulak suka-suka hati dia buat pertandingan. Mungkin untuk mengisi masa lapang, maklum la dah abis periksa. Perkataan yang mengerikan yang keluar dari mulut beliau itu samua wajib. Dalam ISLAM wajib tu mesti buat.
 
Dengan hampanya aku berjalan pulang ke kelas. Sambil berjalan aku mengenangkan nasib ku yang malang. Semakin hampir ke pintu kelas semakin kencang jantung aku berdegup. Seolah-olah aku baru sahaja menghabiskan larian 100 meter. Dengan muka seposen, aku masuk ke kelas dan aku menceritakan peristiwa perjumpaan bersejarah itu kepada rakan sekelas. Diorang kata kami boleh tolong. Macam dialong along je kan. Tapi diorang letakkan syarat. Senang je syaratnya aku mesti jadi hero.
 
Gila ke apa dia orang ni, muka macam tongkang pecah ni kena jadi hero. Dengan tegasnya aku menolak syarat itu. Nak tahu diorang kata apa, kalau aku tolak tawaran itu diorang tak kan terlibat dengan pertandingan itu dan aku perlu menanggung sorang masalah tu. Kejam la diorang ni. Tak apa aku mengalah ja. Terpaksa la aku setuju dengan syarat tu. Nampak tak bertapa bertanggungjawabnya aku ni.
 
Bermula la satu lembaran baru dalam hidup aku. Aku bakal di angkat menjadi HERO MALAYA. Tapi apa kita nak buat, masa tu timbulah macam-macam cadangan. Di atas satu muzakarah yang di buat, dengan ini satu sketsa pendek di pilih. Tapi sketsa apa? Satu persoalan lagi timbul, jadi tajuk sketsa yang di pilih ialah Mr. Cinderella. Macam mana sketsa Mr. Cinderella ni boleh terpilih? tu aku tak dapat jawab jeb...
 
Watak dalam sketsa ni hanya mengerakkan badan dan orang di sebalik tabir akan membaca dialong. Mumming sketsa la orang cakap. Dengan gabungan kepala rakan kelas terhasilah satu karya teragung. Sketsa ni di cedok bulat-bulat dari cerita Ms. Cinderella. Malas betol diorang ni nak create satu cerita barukan. Dari form 1, 2 & 4 terlibat untuk menjayakan satu pertandingan gila yang dicetuskan oleh cikgu penolong kanan aku ni. Form 3 & 5 dikecualikan.
 
Pusingan awal pun bermula. Kenapa ada pusingan awal? Sebab terlalu banyak kelas yang terlibat jadi pihak sekolah perlu membuat tapisan supaya yang terbaik akan masuk pusingan akhir. Nama pun yang terbaik, jadi kelas aku berada di renking terbaik la. Dapat masuk pusingan akhir. Cikgu siap puji la persembahan kelas aku. Aku jugak yang dapat nama, kan aku ketua kelas merangkap HERO MALAYA dalam cerita tu..
Pertandingan akhir tu kelas aku dapat no. 2. Ok la tu.... Korang bayang kan bertapa besarnya kemaluan yang aku alami. Malu beb!!!

Gambar kenangan!!


Gambar ini di ambil tak salah aku selepas persembahan. Semua yang dalam gambar ni terlibat secara langsung dan tidak langsung. Aku cuba ingat nama-nama diorang ni : Klu salah sorry eh

duduk : dari kanan = zafran,apis
diri : dari kanan = daus,jasman,azmi,shah,chimping & apay.
[jasman a.k.a HERO MALAYA]



 Perasan tak yang mana HERO MALAYA tu? Cuba teka...





Gambar ni di ambil di bilik mesyuarat. Macam mana diorang boleh masuk pon aku tak tahu.






Wow gambar ni cantik siut. hehehe
Dia ni je la wanita yang sudi ambil gambar dengan aku.
*tak salah aku la







Ni semua kenangan aku. Sekadar berkongsi pengalaman dan tidak sesekali untuk meriakkan diri atau menunjuk. Gambar di atas ini di ambil semula menggunakan handphon aku.

Mutiara kata...

YANG PALING INDAH ADALAH KENANGAN
YANG PALING MENGESANKAN ADALAH KENANGAN
YANG PALING MENIKAM ADALAH KENANGAN
YANG PALING TERKENANG ADALAH FANA
YANG PALING RAPUH ADALAH HIDUP INI.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...