VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Sep 3, 2011

Rakyat Kita Mati Di Tembak Di Somalia...


Al-fatihah untuk arwah... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...AMIN...  

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya. Khairulanuar seperti dipetik oleh Bernama berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Sementara itu, menurut wartawan Utusan Malaysia, Metra Syahril Mohamed yang mengikuti misi kemanusian tersebut ketika dihubungi lewat malam tadi memberitahu, selain jurukamera BernamaTV, jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan (gambar) juga terkena tembakan dan cedera di bahu. Menurut Metra, mereka ditembak oleh pihak yang tidak diketahui yang dipercayai menyasarkan tentera Kesatuan Afrika (AU).

Tambahnya, kesemua wakil media diarahkan untuk mengemas pakaian dan barang keperluan masing-masing. Kesemua wakil media yang menyertai misi tersebut pada 28 Ogos lalu dijangka pulang ke tanah air pada 8 September ini dan kemungkinan akan pulang lebih awal malam ini atau esok pagi (waktu tempatan).











20 comments:

  1. kasihannya.. risau klu org yg tersayang pergi ke sana.. bahaya

    ReplyDelete
  2. @Aisyah Ahmad

    semoga arwah ditempatkan dgn org yg beriman...

    ReplyDelete
  3. alfatihah utk roh beliau..

    ReplyDelete
  4. al fatihah..
    semoga keluarga allahyarham terus tabah..

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah
    berkorban demi untuk keinsafan kita yg berada dalam kemewahan..

    ReplyDelete
  6. innalillah..semoga dia tenang di sana..:)

    ReplyDelete
  7. Alfatihah...semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin

    ReplyDelete
  8. al-fatihah untuk beliau.

    semoga beliau di tempatkan di dalam golongan org yg beriman dan beramal soleh :)

    ReplyDelete
  9. Sedih dengar berita nie di TV dalam beberapa hari ini. semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

    ReplyDelete
  10. @Green Apple

    Amin...semoga mereka kat sana dpt di bantu sewajarnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...