Cerita ni tengah top kat dunia... Setakat ni seramai 1,600 orang telah dijangkiti oleh bakteria E.coli dan membunuh seramai 17 orang. Bakteria ni dikatakan yang paling bahaya dalam sejarah manusia dan negara Jerman merupakan pusat wabak tersebut. Setakat aku dengar dan baca wabak ni masih tersebar sekitar benua eropah dan tak mustahil akan sampai kat negara kita ni. Bahaya tu!
Kesan apabila terkena wabak ni macam akan mengakibatkan cirit-birit berdarah yang teruk, komplikasi lain seperti kerosakan ginjal dan boleh membawa maut. Cara tersebar tu mungkin selepas memakan salad dan sayur-sayuran yang tercemar dari Jerman. Jadi pada mereka yang suka makan sayuran dari negara eropah ni yang mungkin korang beli dari pasaraya besar ni tu, hentikan la! Aku tak pasti la kalau pasaraya besar ni ada ambil sayuran dari negara eropah ni kan. Cuma nak berhati-hati....
Semoga negara kita terhindar dari wabak ini...AMIN!
0 comments:
Post a Comment