VVIP Followers
Cuba Klik Tengok!!!
Oct 29, 2011
Ramalan Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011...
ramalan aku |
Aku rasa la negeri sembilan mesti menang punya...huhuhu
Ramalan lain :
Keputusan ramalan ni aku ambil pada comment blogger kat entri aku sebelum ni...
KEPUTUSAN SERI : 45.45%
TERENGGANU MENANG : 36.36%
N. SEMBILAN MENANG : 18.18%
p/s : apa juga keputusannya malam ini, aku berharap tak ada la apa-apa perkara yang boleh mencemarkan kegemilanggan Piala Malaysia. N9 JUARA.
Lawanya...!!!
cantiknya...!!!
cuba tengok betul-betul gambar ni...
perasan tak yang gambar ni cuba menyampaikan perasaan bangga pelukisnya terhadap lukisannya ini...
lawa gila lukisan ni...rasa-rasanya berapa RM xxxx .xx diaorg sanggup bayar untuk dapatkan lukisan ni ek...???
tiket perlawanan akhir piala malaysia 2011 |
Oct 28, 2011
Malaysia Sambut Aidiladha 6 November 2011...
KUALA LUMPUR 27 Okt. – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam tadi.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 November 2011,” katanya. – BERNAMA
Oct 26, 2011
Tarikh Melihat Anak Bulan Zulhijah 2011...
Johor
Pontian Kecil
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
Selangor
Bukit Melawati dan Pulau Angsa, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting dan Balai Cerap Selangor, dan Sabak Bernam
Perak
Pantai Pasir Panjang, Daerah Manjong
Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, dan Menara Alor Setar
Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian, Besut, dan Balai Cerap KUSZA, Setiu
Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai, Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu
Sarawak
Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan
Sabah
Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Oct 25, 2011
Oct 22, 2011
Jangan Jadikan Sesuatu Perkara Itu Suatu Kebiasaan...!!!
Apa yang aku cuba sampaikan adalah apabila sesuatu perkara itu sudah menjadi kebiasaan atau lebih tepat lagi tebiat susah untuk kita ubah. Sebagai contoh, kita ni terlampau suka korek hidung, sehinggakan di tempat awam sekali pun kita aku melakukan perkara itu. Fahamkan???
Apabila sesuatu perkara/percakapan itu dianggap sesuatu yang melucukan, mereka tak akan merasakan perkara itu akan menyakitkan hati/perasaan orang lain. Perkara ini akan terus berulang kerana mereka menganggap perkara itu sesuatu yang melucukan. Betul tak???
Adalah penting bagi kita untuk membendung perkara itu dari berlarutan. Supaya tidak akan terus menyakitkan hari/perasaan kita. Sebagai contoh :
(Buyung = bekas air,tempayan, labu sayung dll)
Buyung nama ayah Si MAN
contoh 1 :
Si A : MAN apa benda di buat dari tanah liat?
Si MAN : Tempayan
Kekawan : hahahaha
contoh 2 :
Si B : MAN bekas air orang panggil apa?
Si MAN : botol air la.
Kekawan : hahaha
contoh 3 :
Si C : MAN ko tak boleh salahkan kita org, ni semua salah boss. Sebab dia la kita semua tahu buyung tu maksudnya bekas air yang besar.
Si MAN : (hanya tersenyum)
Kekawan : hahaha
contoh 4 :
Si D : MAN ko jangan salah kan buyung pula sebab nama dia macam tu. Kalau ko nak tukar kena pergi jabatan pendaftaran negara.
Si MAN : (hanya tersenyum)
Kekawan : hahaha
Dan aku percaya mereka semua tahu perkara itu boleh menyakitkan hari Si MAN ni. Tapi mereka lakukan juga sebab mereka merasakan perkara itu melucukan. Ia akan terus berulang-ulang sehinggakan Si MAN ini merlakukan perkara yang drastik. Contohnya membuat muka yang masam, tinggalkan tempat mereka berborak, menyuarakan perkara itu tidak disukainya dan banyak cara lain lagi.
Tapi apabila perkara itu sudah berlarutan dan menjadi kebiasaan, masa tu susah untuk di ubah.
Mengapa Si MAN tu tak melenting atau marah pada hal kekawannya memainkan nama ayahnya sendiri???
Jawapan itu hanyak Si MAN dan ALLAH sahaja yang tahu.
p/s : semua cerita ni adalah benar dan terjadi pada aku.
entri yang berkaitan SINI
Oct 19, 2011
Oct 16, 2011
Abang Jajas Jahat...!!!
Orang kampung panggil aku dengan nama jajas...
dari kecil lagi nama tu dah melekat kat aku...Masa sekolah menengah diorg panggil aku jas...
Sekarang dah kerja diorg panggil aku man...
seingat aku la yang aku ni pernah bunuh kucing...
bukan aku sengaja...atau lebih tepat lagi aku tak sengaja...
Tak ingat la bila tapi yang pasti dah lama cerita ni...
Motor tu cantik je parking depan rumah aku dengan double stand lagi...
aku perasan kat longkang tu ada 3 ekor anak kucing yang sangat comel tengah bermain...
sempat la aku bermanja dengannya...
Masa aku nak turunkan motor yang sedia ada berdouble stand tu...
Aku rasa ada benda yang mengblock tayar belakang aku...
dengan tak berfikir panjang aku memaksa motor tu turun dari double standnya...
(faham kan cerita aku ni?)
Dan selepas motor tu berjaya diturunkan aku dengar ada bunyi yang kurang enak di dengar...
Sah...anak kucing yang baru je aku bermanja tadi telah aku langgar...
Sian aku tengok...terpaku aku melihat kucing itu menahan kesakitan yang teramat sangat..
Masa aku panggil mak aku tu anak-anak jiran tu dengar...
dan diorg pon datang sekali...
Perkataan yang keluar dari mulut budak tu ialah " Abg jajas jahat"
amboi budak ni...aku cili-cilikan mulut budak ni karang...hehe
Selepas beberapa hari kucing tu mati...
Lebih kurang mcm ni la anak kucing tu... |
p/s : Betul aku tak sengaja...jadi kamu semua berhati-hati la eh...
Oct 13, 2011
Himpunan Sejuta Umat – Selamatkan Akidah Umat
Kalau anda ada kelapangan pada hari tersebut, dijemput beramai-ramai untuk hadir. Untuk info lanjut website
Oct 11, 2011
Wallpaper Handset Berhantu...!!!
Mesti korang ada handset kan? Apa wallpaper hendset korang???
Kalau korang tanya aku...mesti la pic keluarga...hehe
sebab apa???
sebab nak hilangkan rindu kot...
Ni ada di antara kita letak wallpaper pakwe/makwe...
tak salah...
tapi perasan tak, bila setiap kali tengok wallpaper tu(famili,pakwe,makwe)
perasaan kita tu akan bertambah sayang,rindu kat orang tu...kan???
sebab tu lagi bagus letak pic keluarga...
supaya kita akan bertambah sayang pada keluarga kita...huhu
pakwe/pakwe... hari-hari boleh jumpa kot...keluarga mungkin sebulan sekali...kan...hehe
p/s : Bagi aku keluarga yang paling penting dari segalanya...
Kebahagian keluarga aku kebahagian aku juga...hahaha
(bg yg blom berkahwin)
Oct 8, 2011
Contest gmbar family , bff , bf/gf , teacher and other yg paling sporting dr misswaniey...
nak join klik SINI... |
gambar raya |
Aku suka gambar ni sebab setiap wajah yang ada dalam gambar ni
menunjukkan perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...
Ala... korang tengok pon dah tahu kan...haha
Oct 7, 2011
Oct 4, 2011
Oct 3, 2011
Tahniah Kak Ngah...!!!
Tahniah atas penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Perniagaan)
Yang berlangsung semalam di UMT...
Semoga terus maju jaya....!!!
Semalam perjalanan yang amat memenatkan...
Tapi syukur semua selamat pergi dan selamat pulang...AMIN...!!!
masa nak beli bunga utk angah |
p/s : tak guna aku punya GPS...ada ke ko tunjukkan jalan yang jauh gedabak...mangkok ayun punye binatang...perjalanan pergi 5 jam 30 minit...perjalanan pulang 6 jam 30 minit...
Oct 1, 2011
Konvokesyen UMT 2011
Esok aku akan ke Terengganu untuk menghadiri majlis konvokesyen UMT 2011...
Perjalanan mungkin mengambil masa 7 hinggah 8 jam...
ini 1st time aku driving begitu lama...
Aku berharap tiada apa-apa gangguan dalam perjalanan yang bermakna ini...
Selamat pergi dan selamat pulang...
Ngantok sudah pasti...
korang ada cara nak hilangkan ngantok semasa memandu nanti???
p/s : aku pergi dengan mak/ayah aku...bergerak hari ahad lebih kurang pukul 1am...di jangka sampai pukul 8am...konvokesyen bermula pukul 2.30pm...
Subscribe to:
Posts (Atom)