VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Jul 31, 2011

Doa-Doa Puasa

Lafaz niat untuk sebulan puasa



Maksudnya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala




Lafaz niat puasa (harian)
 
Maksudnya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala





Doa Berbuka


Maksudnya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.





Doa selepas Berbuka

Maksudnya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Aku dapat kat SINI




1 Ramadhan 1432H Bersamaan 1 Ogos 2011


Esok kita akan berpuasa... Yahoo... Puasa...
Jangan pula ada di antara kita yang ponteng...
Melaikan kaum Hawa, diorang ada sebab...
Kita ni kaum Adam yang sihat kena la berpuasa...
Betul...Betul...Betul...

Selamat berpuasa semua...!!!


Petang Ni Tengok Anak Bulan...


Petang ni tengok anak bulan...
Seperti orang lain juga aku rasa isnin ni 1st Ramadan kita...
Nak buka apa isnin ni ek...?
Amboi dah fikir sampai situ....haha



Jul 30, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan...
Saya juga ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada korang semua 
di atas keterlanjuran saya mengoment entri korang yang mungkin...
ada menyinggung perasaan korang semua...

Salam Ramadan Semua




Jul 28, 2011

Bahasa Korea...


Ni nama aku dalam tulisan korea...
kawan aku tuliskan...dia ada join kelas bahasa korea...


SELAMAT DATANG RAMAHDAN...



Jul 27, 2011

Bila Tiba Hari Tu...Aku Nak Sangat Dengar Benda Ni...!!!


Tajuk entri kali ni panjang sikit...
Dulu aku budak-budak time ni la aku tunggu... Pengumuman tarikh mula puasa
dan tarikh hari raya...

Situasi : Penentuan mula puasa

Penyimpan mohor besar raja2 : Esok puasa
Aku : Ala...esok dah puasa


Situasi : Penentuan hari raya

Penyimpan mohor besar raja2 : Lusa Raya
Aku : Ala...esok puasa lagi...


Sampai sekarang aku masih terbawa-bawa perangai masa kecil dulu...mesti tak nak ketinggalan la nak tahu tarikh mula puasa dan tarikh hari raya...Keluarga aku pon sama...haha   Korang pon apa kurangnyakan???





Jul 24, 2011

Party BBQ Ulu Bendul

Hari ni aku seronok gile... sebab dapat main air...haha  Pagi-pagi lagi aku dan rahmat dah keluar cari ayam. Maklum la nak buat party... Pukul 8.20am kita orang gerak dari rumah... Sampai Ulu Bendul dalam kol 8.50am. Yang ada kat situ pon budak-budak sekolah berkemah... Jadi kita orang yang paling awal sampai...haha

Lebih kurang kol 10am bara api berjaya dihidupkan... Hampir satu jam baru hidup apinye...Apa lagi start BBQ la... Perasan tak MEMO aku sebelum ni tulis 6 person only... Tapi sebab dua orang lagi tak dapat join party ni...tinggal 4 person only.. bengong punya budak... Tak jadi join bagi la tahu awal-awal, ni tak kol 12.++am baru aku tahu...haha  Sejuk gila air pagi-pagi ni... Mandi is time...

Jul 23, 2011

MEMO...

Party BBQ

Tempat : Ulu Bendul
Masa :  8am
Hari : Ahad
Harga : RM25/seorang
Tempat Berkumpul : Tmn Pinggiran Senawang
Pakaian : Bersesuaian dengan tema...

Kepada yang terlibat sila ambil perhatian...
Masa itu emas...jangan lewat pula...
(6 person only   4 person only)


Sedap Tak...?

Entri kali ni pasal makanan sebab esok aku akan uruskan satu parti BBQ (kecil je majlis tu)...hahaha  Tapi masalahnya aku tak ada penggalaman dalam menguruskan parti macam ni... Sebab tu aku buat entri ni nak minta pendapat blogger sekalian...

Menu utama ayam BBQ... Soalannya...

1)  Sedap tak kalau ayam yang di potong kecil digaulkan dengan sos bbq sahaja... Di perap setenggah jam dan di bakar...???

2)  Menu lain...?

Aku dah list kan barang yang diperlukan nanti, cuma menu utama tu je aku fail sikit... Maklumla ni pertama kali aku mengofferkan diri menjadi orang terpenting dalam majlis macam ni (pada hal orang lain tolong juga)...haha   Tolong eh ???


Jul 20, 2011

Kau Buat Tindakan Yang Betul...!!!

Entri kali ni aku nak dedikasikan khas kepada kawan tempat kerja aku sebab dah berjaya mendaftar sebagai pemilih SPR. Aku dah sekolahkan dia hampir tiga bulan dan akhirnya sabtu lepas Allah telah bukakan hatinya supaya mendaftar sebagai pemilih...Sebenarnya dia ni orang yang tak tengok berita...dah la tak tengok berita, baca surat khabar pon tak...buat hal sendiri je...kalau Malaysia ni turun salji pon dia tak tahu kot...Tapi atas kesabaran aku menyekolahkan dia ni, akhirnya terbuka hati dia...

Kalau kita dah daftar sebagai pemilih baru la kita boleh tentukan kerajaan yang kita inginkan. Ni tak cerita nak gempak, tapi haprak... Kita tak puasa hati, masa pilihan raya la kita tunjukkan...Pilih mana yang kita rasa boleh mewakili kita...tak yah la kita nak berhimpun sana sini... Menyusahkan orang lain je...Korang dah daftar belum...!!!

ni bukti aku dah daftar..


ni link nak semak DAFTAR PEMILIH 


Jul 17, 2011

Nama Aku Jasman Bin Buyung...

Entri kali ni aku tulis live dari kampung dan entri kali ni berbau luahan perasaan sikit... Kenapa aku tulis tajuk entri tu? sebab rasa kekecewaan aku terhadap segelintir kecil manusia yang secara langsung atau tidak langsung menyinggung perasaan aku sebagai manusia.

Nama aku jasman bin buyung... Pelik ke nama tu, mungkin juga sebab tak ramai kot yang guna nama tu dan mungkin ada yang tak pernah dengar nama macam ni... Aku bukan nak cerita pasal siapa jasman tu sebenarnya, cuma aku nak cerita berkenaan nama buyung tu. Buyung bin Saaban, tu ayah aku... Ayah aku pergi haji tak salah aku 2002 dulu. Sekarang ni ayah aku dah jadi haji buyung la kan...kembang hidung ayah aku bila orang panggil dia haji...kot...haha

Jul 10, 2011

Dengan Rasa Rendah Diri...


Terima kasih kepada semua blogger yang sudi menjadi follower blog ni...
terutamanya kepada blogger yang sudi mengcomment entri aku ni...
Walaupun entri blog ni kadang-kadang syok sendiri..haha...

Sebenarnya aku ni bukan seorang yang kretif macam blogger lain...
Aku tak tahu nak buat sesuatu yang special untuk korang tanda aku menghargai korang semua...
Sebab tu awek aku cakap aku ni not romentik...terlebih sudah...haha

Di sini aku nak minta maaf kalau ada yang follow blog ni tapi aku tak follow balik...
Bukan aku tak nak follow blog korang...
cuma aku tak jumpa link blog yang korang tinggalkan...
terutama pic follower kat atas tu...Korang faham maksud aku kan...
Sekali lagi aku nak ucapkan TERIMA KASIH...!!!


Start aku berbelog ni aku dah berjaya mempengaruhi dua member aku untuk
join alam berbelog ni...iaitu :

sudi-sudilah jenguk blog ni..haha



Jul 8, 2011

Tmn Pinggiran Senawang Di Serang...!!!

Hari ini aku nak cerita pasal politik sikit. Pas serang taman aku ni...!!! Lokasi berhampiran padang tmn pinggiran senawang. Aku rasa 500 orang hadir. Jam menunjukan pukul 10.30pm. Aku pon tak tahu la bila ceramah ni bermula. Patut la jalan keluar dari taman ni penuh dengan bendera PAS.

Korang tahukan pasal bersih 2.0 tu... Dari pandangan aku la sebagai seorang yang cintakan negara ini, aku tak sanggup tengok negara ini hancur macam Mesir tu. Dengan alasan untuk mencari keadilan dan akhirnya negara tu hancur. Korang nak?

Jul 3, 2011

Tea O vs Tea O Ais


Kalau aku tanya diri sendiri mesti la aku suka tea O ais....
entah la memang sejak azali lagi kot minat tea O ais ni... Lagi pon Malaysia ni kan panas...
lagi satu cepat disediakan... Kak tea O ais 1... siap!!!...
Tak yah nak tunggu lama...hahaha
Ada orang kata lelaki tak elok selalu sangat minum ais ni... dia akan melemahkan batin lelaki...
Aku rasa betul kot sebab kawan aku yang dah kahwin cakap macam tu...

"kwn : man memang tak elok la minum air sejuk ni...dia menyebabkan kita cepat p#@c^t..."
"aku : o0o0o0o betul ke..?"

Nanti aku dah nak kahwin aku stop la minum air sejuk...haha

Very Naughty...!!!

Sungguh tak bermoral masyarakat kat sana kan...
Setakat ni kat sini tak pernah aku dengar atau terbaca berita macam ni...


Very Naughty...!!!
(aku lupa aku dapat video ni dari blog mana, pada tuan punya blog tu aku curi video ni eh..)


Jul 2, 2011

Tanah Tumpah Darah Ku..!!!


Ahad ni pelawanan timbal balik antara MALAYSIA vs TAIWAN...
(ramalan malaysia menang 3-0)

MALAYSIA BOLEH...!!!



Malaysia Boleh...!!!


Perasan tak lagu ni gabunggan muzik instruments tiga etnik terbesar kat Malaysia ni...
I like..!!!


BERSIH 2.0... 9 Julai 2011


Mesti korang dah tahukan pasal benda ni...
Aku tak nak join... Aku tahu niat diorang semua ni nak tuntut satu pilihan raya yang adil dan bersih...
Tak bersih ke pilihan raya kat Malaysia ni.? Pakatan Rakyat dapat tawan 5 negeri dalam pilihan raya lepas...
Tak cukup ke bukti tu yang menunjukkan pilihan raya kita ni adil dan bersih...
 Cuma aku pegang satu pepatah ni...

" POLITIK ITU KOTOR "

Maksudnya orang politik ini sanggup janji apa-apa saja untuk dapat undi...
(mampu atau tidak ditunaikan itu belakang kira)
Matlamat menghalalkan cara!!!
Sama ada Barisan @ Pakatan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...