VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

Nov 28, 2011

Selamat Pengantin Baru Nash...!!!


Masa : 2.30pm (27/11/2011)
Tempat : Labu, n9
Selamat pengantin baru Nash & isteri

nak pelamin mcm ni jugak la...huhu


p/s : selamat pengantin baru nash dan isteri. semoga berbahagia selalu...ni pon xada gambar pengantin sbb tak sampai hati nak ambil...haha



Selamat Pengantin Baru Arif...!!!


Masa : 12.01 PM (27/11/2011)
Tempat : Batu Kikir, n9

Selamat Pengantin Baru Arif & isteri...
aku pon nak pelamin mcm ni...hehe

p/s : Selamat pengantin baru kepada Arif dan isteri...sory la tak sempat nak jumpa ko...sbb nak pergi satu tempat lagi...Apa2 pon semoga berbahagia.


Nov 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H...




p/s : Disebabkan berokben celcom aku slow teramat sangat...jadi bersawang la blog aku ni buat sementara waktu...kepada blogger yang sudi singgah dan follow blog ni...nanti-nanti aku singgah dan follow korang balik... Salam Maal Hijrah 1433H



Nov 21, 2011

Jom Daftar & Jom Mengundi...!!!


Kalau korang perasan kat blog aku ni ada memo,
sebagai rakyat Malaysia korang mesti la mengundi apabila tiba masanya...
Kita perlu sayang pada negara kita...
Jangan sampai jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab...
Kelak anak cucu kita merempat ke negara orang untuk mencari sesuap nasi...

Nak???

Jadi kepada korang yang tak mendaftar lagi, jom daftar sekarang...


video



p/s : jangan hanya sayang sesama manusia, sayangi juga la kepada negara kita.


Nov 19, 2011

New Function...!!!




Aku baru je tambah fungsi baru ni...
Kepada mereka yang nak tak nak je singgah blog ni boleh la tinggalkan email korang kat ruang kosong tu...
Jadi apa-apa entri baru blog ni korang dapat la baca walaupun korang tak singgah...hehe

Tu pun kalau ada yang sudi la...sebab blog ni tak sebaik blog lain...



Nov 18, 2011

Malaysia Terbaik...!!!




Malaysia 1 - 0 Indonesia
Update : Malaysia 1 - 0 Myanmar

Panas betul aku bila lagu Negaraku berkumandang  indon ni boleh pula buat bising...
sikit pon takda hormat sama kita...
Sekarang lu sudah kalah...mana mau sorok lu punya telo...
hahaha...


Nov 15, 2011

Terima kasih Cinta...




Engkau Membuatku Sempurna...
Dilubuk hati yang mula menyinar...
Aku mampu berjalan tanpa setitik cahaya...
Dan jika mata ku tertutup rapat sekalipun...
Aku masih dapat melihat engkau bagai pari-pari di angkasa...
Akan ku raih engkau dengan sepenuh jiwa...
Dalam malam kelam gelita...


p/s : aku cuba buat sepenuh hati..khas untuk mu... 
 

Nov 13, 2011

Cara Korek Hidung Yang Bermaruah...!!!

pak google

Tak semua benda kat dunia ni kita boleh buat sesuka hari... Jadi kat sini aku nak tunjukan cara-cara mengorek hidung tanpa menyakitkan hati orang lain...

# Pilih la tempat yang sesuai.
Gunalah tempat yang agak tersembunyi/tertutup dengan sepenuhnya. Korek la hidung kat situ puas-puas. Tak la kekawan nampak muka korang macam *^&%$@#^ bila korek hidung. Selalunya tempat macam ni mana ada cermin kan, jadi guna la henset korang yang mahal tu sebagai cermin...huhu
p/s : macam selalu aku buat...hehe

# Jalan sambil tundukkan kepala
Bila korang kat tempat awan atau kerja dan masa tu terasa macam ada je benda tergantung dekat hidung tu. Tundukkan sedikit kepala tu sambil jalan dengan sopan. Pergi la ketandas yang berhampiran dan buat la apa yang patut. 
p/s : mesti bakal mertua berkenan nak jadikan korang menantu...hehe

# Semasa berbual dengan bakal mertua
masa yang amat bermakna untuk korang menambat hari bakal mertua. Apabila perkara yang amat korang tak suka ni terjadi, apa yang perlu korang buat ialah berpura-pura garu hidung, tundukan kepala dan cuba bertahan. Kalau tak boleh tahan, cuba alihkan tumpuan mertua kat benda lain dan cepat-cepat buang benda tu. Kalau tak berjaya juga, bertawakallah...hehe
p/s : mintak2 aku x jd mcm tu...hehe


Kita kadang-kadang tak perasan perbuatan yang kita buat tu boleh menyakitkan hari orang lain. Jadi sentiasa la berhati-hati di atas perbuatan dan kata-kata kita. Supaya kita akan mendapat kawan bukan lawan.



p/s : wow dah seminggu aku tak update blog ni. Sory aku merapu je kat entri ni...hehe



Nov 7, 2011

Sukan SEA Indonesia 2011...




Petang ni lebih kurang 5pm waktu malaysia akan berlangsung perlawanan pembukaan kumpulan A..
Diantara Malaysia B-23 vs Singapore B-23.

Kita doakan semoga pasukan Malaysia menang...
AMIN...


Nov 5, 2011

Takbir Raya...!!!



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

video


masak ketupat adabi



Nov 3, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...




Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada semua umat islam yang berada di Malaysia ni...
Korang ada buat korban tak tahun ni???
Kalau ada, aku doakan semua berjalan dengan lancar...AMIN...!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...