VVIP Followers

Cuba Klik Tengok!!!

May 29, 2011

Result : MU vs Barcelona

Barcelonan menang 3-1 keatas Manchester United semalam yang berlangsung di stadium Wembley,Englang. Kemenangan ini merupakan kali ke-4 sepanjang menyertai kejohanan ini.

Barcelonan mendahului dengan jaringan Pedro Rodrigue pada minit ke-27. Wayne Rooney menyamakan kedudukan untuk Manchester United pada minit ke-34. Sembilan minit bersambung masa kedua, Messi menjaringankan gol kedua Barcelona, Jaringan minit ke-70 oleh Villa menutup terus peluang Manchester United untuk menjuarai kejohanan kali ini. Tahniah Barcelona!

Aku dah agak Barcelona mesti menang punye.hehehe

May 28, 2011

Manchester United vs Barcelona

Pagi 29 Mei ni final juara-juara... Aku memangp minat dua-dua pasukan ni... Tapi salah satu mesti kena juara, sebab mana ada final bola sepak juara berkongsi piala.hehehe

Jadi mana pilihan korang? Aku rasa seri 2-2 sama. Pastu penalti... lantak ko la sapa nak menang. Rasanya aku tak tengok kot. Lebih baik aku tido.huhuhu

Siapa bakal jadi JUARA???

video
Kalau boleh tengok live kat stadium kan seronok...


video
Aku rasa yang jadi juara mesti antara Manchester United dan Barcelona
.huhuhuh

Courts Mammoth

Entri kali aku nak cerita pasal 'courts mammoth'... jangan salah angap! Aku ni bukan nak promote atau pun di bayar oleh pihak courts mammoth sendiri untuk promosikan syarikat diorang. Blog ni kecik je bro...

Perasan tak kalau tengok tv3 mesti ada keluar iklan "Courts Mammoth Raya" yang 90 hari tanpa bayaran tu...Tv lain aku tak pasti la ada tak keluar iklan ni.  Aku tak nak cerita apa barang yang diorang jual cuma aku nak cerita pasal pekataan 'RAYA' tu... Sekarang ni dah hujung bulan mei. Jadi tinggal lebih kurang dua bulan je lagi nak puasa. Sekejab je masa berlalukan, pejam celik je dah nak masuk bulan jun. Puasa dah ganti ke wahai wanita....kalau lelaki tu aku yakin puasa penuh.huhuhu


Tahun lepas aku puasa penuh la....Betul tak tipu!


Sabtu Tanpa Beg Plastik

Entri kali ni aku nak cerita pasal SELAMATKAN BUMI KITA! Korang pernah bayangkan tak yang kita ni buang sampah sehari berapa banyak? Sampah apa yang kita buang? Dekat mana kita buang? Macam mana sampah ni dilupuskan? Mesti korang tak pernah fikirkan.....

Sama macam aku, cuma aku dah sedar sikit la sekarang ni. Macam aku pergi kedai nak beli air mineral sebagai contoh, aku takkan ambil beg plastik kedai tu. Sebab aku tahu beg plastik tu mesti ke tong sampah juga akhirnya. Macam kat tempat kerja aku pon ada kampen macam ni. Cuma dia buat hari jumaat, maklum la sabtu dan ahad kan cuti.

May 23, 2011

Syukur Alhamdulillah...

Usaha aku selama beberapa bulan ni akhirnya berhasil. Tengahari tadi aku dan pemilik rumah telah menandatangani penjanjian pertukaran hak milik rumah yang aku ingin beli ini di depan peguan.huhuhu

Aku harap tiada la halangan dalam proses pertukaran ni. Kata peguam proses ni akan mengambil masa lama mungkin hingga lima bulan. Maklum la pemilik rumah ni buat loan dengan kerajaan. Sebab tu lambat kot....


May 22, 2011

2nd Day : Kursus Kahwin

Hari ini merupakan hari kedua aku join kursus kahwin. Kelas start pukul 9 pagi tapi aku dah sampai pukul 8 pagi. Nampak sangat tak sabarkan...  Bukan apa tak sabar nak habiskan kursus ni...  

Tapi kali ni tak bosan sangat la sebab penceramahnya pandai menyampaikan ceramah.... Jadi aku tak la bosan sangat...  Ada sorang penceramah ni tanya pada kami semua apa tujuan anda datang kursus ini?  Jawapan biasa dari budak-budak ni, nak sijil la, nak kahwin la... Sama juga macam aku, nak sijil kursus kahwin tu... Kan tak boleh kahwin kalau tak ada sijil tu...hahaha

Tapi penceramah tu kata tujuan sebenarnya adalah untuk mencari ilmu perkahwinan ni... Tak nak la nanti bila dah kahwin tak sampai setahun dah bercerai... Buat rugi je... Hantaran dah la tinggi...huhuhu   Cerita pasal hantaran ni...agak-agaknya berapa la bakal keluarga mentua aku mintak eh???

Apa-apa pun aku dah berjaya menamatkan kursus kahwin ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam progrem ini yang tak langsung membolehkan aku memperoleh sijil yang berharga ini. TQ!



May 21, 2011

1st Day : Kursus Kahwin

Hari ini hari pertama aku join kursus kahwin. Ramai juga orang yang join kursus kali ni. Kebanyakkan diorang datang dengan pasangan masing-masing. Cuma aku dan kekawan je yang datang kursus ni tapi masih mencari-cari calon yang sesuai.huhuhu

Macam biasa la kalau dah berkumpul dalam satu majlis kita dapat lihat la macam-macam perangai bakalpengantin ni. Ada tu datang selekeh, pakai baju yang dah pudar. Yang datang pakai selipar pun ada. Kalau yang smart tu...smart betul.

Apa yang penting bagi aku adalah sijil ni... Kalau tak ada sijil mana boleh kahwin. Calon tak ada tu lain cerita. Kita boleh cari...susah-susah suruh mak aku carikan.hahaha   Tapi aku dah ada calon sendiri.hehehe

Esok hari kedua kursus...tak sabar betul aku nak habiskan kursus ni.... Bukan apa cuma boring dengar ceramah ni. Walaupun mengenai rumah tangga...


May 20, 2011

Persahabatan!

video
Haiwan pun boleh bersama walaupun berlainan jenis... siap bermesra lagi...
Lagi la kita ni manusia yang mempunyai akal fikiran, yang di berikan Allah untuk berfikir...
Kalau bercerita pasal politik je mesti nak maki hamun antara satu sama lain...
walau pun kita ni satu bangsa... Berubah la...

Renung-renungkan la...






May 19, 2011

OMG!!!

Handset aku rosak la.... Aku baru je beli handset ni... Hari ni hari kedua hanset aku ni rosak... Macam terputus dengan dunia luar la aku rasa... Jadi aku fikir la macam mana nak bagi tahu keluaga aku yang handset aku ni dah rosak? Senang je aku send msg guna BB celcom aku... Bukan tak nak pinjam kawan, takut menyusahkan je.hehehe

Dan petang tadi kawan aku bagi tahu yang mak aku call dia...tanya pasal aku...mak aku call aku tak dapat... Aku dah msg comel, bagi tahu yang handset aku rosak. Mungkin dia lupa nak bagi tahu mak kot. Lepas kawan aku bagi tahu hal tu aku dengan muka temboknya minta sikit kredit kawan nak call mak aku. Mana la tahu ada hal penting.

Mak aku bagi tahu yang si buah hati aku ni call aku dah dua hari tak dapat. Jadi dia tanya la keluarga aku pasal aku... Bukan aku tak nak bagi tahu dia, cuma aku tak ingat no. fon dia...huhuhu

May 18, 2011

‎7 Cara cover malu terbaik di dunia


1.Kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2.Kalo terjatuh beskal:
cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

May 15, 2011

16 Mei Hari Guru

Selamat Hari Guru cikgu..... Aku nak ucapkan selamat hari guru ni pada cikgu tadika aku yang aku dah tak ingat lagi... Jasa mu amat-amat dikenang selalu.

Selamat  hari guru juga pada cikgu sekolah rendah aku. Cikgu ni pon aku tak ingat juga... Mungkin dah tua kot... Tu tak berapa boleh ingat...

Selamat hari guru juga aku nak ucapkan pada cikgu yang mengajar aku di sekolah menengah..Cikgu-cikgu ni pon aku tak berapa nak ingat sangat. Kalau jumpa mungkin boleh ingat kot.hehehe

May 14, 2011

Aku dah daftar Kursus Kahwin



Aku dah daftar Kursus Kahwin! aku betul-betul tak sangka la yang aku ni dah daftar kursus kahwin. Memang benda ni tak rangcang langsung.... Malam tadi member aku cakap pasal kursus kahwin, jadi aku saja-saja la ajak member aku ni pergi daftar.

Rupa-rupanya dia betul-betul nak pergi. Jadi aku join je la. 21 / 22 mei ni kursus. Tempatnya berhadapat pasaraya giant Ampangan.



ni resit pembayaran...RM80 je la.

Pada mereka yang belum mendaftar sila daftar segera..huhuhu

1 st time di Haji Shariff's Cendol

Memang aku dah pasang niat nak pergi kat tempat ni. Kawan aku cakap rojak mee dah cendol campur haji shariff ni sadap. Tu yang teringin nak rasa lagi-lagi tengah-tengah panas ni. Mau tak meleleh air liur.hehehe

Memang Sedap! semua bangsa ada makan kat sini. Menu dia hanya cendol dan rojak je, tapi orang ramai gile datang sini. Betul-betul kat bandar Seremban. Kalau tanya orang sekitar tahu kot.

Mana Best?

Ni merupakan rancangan yang tengah HOT kat Astro... Rumah sewa aku tak pasang astro..tu yang tak dapat tengok live. Jadi aku download je la.. Video kat bawah ni merupakan maharajalawak minggu ke 3.. Tak salah aku tema dia muzikal. Mana yang terbaik?



 
A. Nabil
video
B. Sepah

video


Bagi aku kedua-duanya bagus....huhuhu

May 12, 2011

Tragedi Bahau

Ni adalah bangunan Majlis Daerah Jempol. Gambar sebelah ni takda kena mengena dengan entri aku ni. Cuma intro je... Kat sini la aku bersusah payah datang untuk mendapatkan geran rumah yang akan aku beli tu. Maklum la berurusan dengan kerajaan ni leceh sikit. Datang sini diorang tolak kat sana..... Tapi takpa aku punye loan dah lulus geran pon dah dapat.hehehe

Pagi tadi sampai je kat tempat kerja kawan aku cakap ada kemalangan kat Bahau, 3 orang mati yang melibatkan 10 kenderaan. Aku pon tertanya-tanya la kat mana tempat tu. Rupanya trafik light simpang tiga, kalau korang nak ke kuantan terutamanya memang akan lalu kawasan ni. Kawasan ni la jugak kita orang lalu kalau nak berurusan dengan majlis daerah. Apa-apa pon Al-fatihah kepada keluarga mangsa.

May 9, 2011

Aku Suka Tom Yam Campur

Sebenarnya aku ni hantu tom yam campur. Baru je tadi aku pekena tom yam campur kat Sri9 dengan raid. Tetiba je aku rasa nak makan tom yam... sebab tu la aku ajak raid join aku belasah tom yam campur yang sedap tu. Keluar la peluh jantan aku.hehehe

Memang sedap!!!


May 8, 2011

Tragedi Ulu Bendul

Sebenarnya aku bersimpati dengan keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi Ulu Bendul yang berlaku pada 3 Mei hari tu. Tak sangka aku tempat yang macam tu cantik dan airnya yang jerneh boleh meragut nyawa 3 orang sekali gus. Dua tahun lepas aku dan kekawan pernah buat BBQ kat sini. Air sejuk gile... dan tak dalam pun, tak sampai paras lutut pun. Kuasa Allah mungkin ada hikmah disebaliknya.

Sebenarnya Ulu Bendul ni tak asing bagi aku. Boleh dikirakan setiap minggu mesti lalu tempat tu untuk balik kampung. Sabtu lepas aku sempat singgah kat situ. Aku dapat lihat masih ada usaha mencari seorang lagi mangsa yang dikatakan belum dijumpai.

May 7, 2011

8 Mei Sambutan Hari Ibu

Aku rasa baru je tahun lepas aku dan adik belikan mak kek untuk sambut hari ibu. Bukan apa, tadi kat tempat kerja cerita pasal nak sambut hari ibu. Tu aku teringat pasal kek yang aku beli tu. Tahun ni nak bagi apa ek..... Bulan ni aku sengkek sikit. Jadi aku nak suruh mak aku masak mee goreng je la... Kalau aku masak tak rupa mee goreng la jadinya.hehehe

May 5, 2011

Aku suka!!!


Hari ni mood kerja aku macam biasa, happy la. Walaupun tension dengan big bos aku tu. Apa tah pagi-pagi membebel orang tua tu. Lantak dia lah.... Malam semalam aku buka nuffnang , tersenyum lebar aku.... sebab duit iklan aku tu dah bertambah. Tak la rm0.25 je sejak sebulan ni. Jadi pada mereka yang ada tersesat masuk ke blog aku ni klik-klik la apa yang patut.hehehe


May 1, 2011

Persinggahan!

Tadi petang sempat juga aku singgah kat Teratak Za'ba. Seumur hidup aku ni lah pertama kali aku singgah kat Teratak ni. Nama je orang negori, tapi tempat bersejarah macam ni pun tak pernah pergi. Lalu banyak kali tapi singgah tak pernah. Dari kampung aku perjalanan mengambil masa antara 15 - 20 minit je. Tak la jauh sangat. Tu lah....

Sebenarnya aku tak terfikir nak pergi tempat ni. Cuma kebetulan yang adik aku dah start bercuti sem, jadi baju dan barang-barang dia tompang kereta kawan. Tu yang aku dan dia nak pergi ambil tu. Sempat aku pesan adik aku yang aku nak singgah kat Teratak ni bila balik dari ambil barang dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...